Alhamdulillah..
Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa guru-guru dan dapat belajar di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka belajar secara alam maya. Seperti biasa sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.
Permulaan minggu pertama bulan April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga program ini akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.
Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah ramai belajar berpuasa.
Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2 iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.
Berikut adalah beberapa gambar sepanjang bulan April 2021.
Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi |
Suhu diambil sebagai pematuhan SOP |
Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas |
Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B |
Penjarakkan masih dijaga |
Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid |
Zalina bt Ismail
AJK Guru Penyayang
No comments:
Post a Comment