Monday 12 April 2021

Kursus Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 60 orang ahli PRS yang telah berjaya mengikuti Kursus Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pada hari ini. Kursus ini telah diadakan secara berasingan bagi PRS sesi pagi dan sesi petang. Kursus bagi PRS sesi pagi telah diadakan di Teminal Muafakat bermula dari pukul 7.50 pagi hingga 9.30 pagi. Kursus untuk PRS sesi petang pula telah dijalankan di Terminal Terabait bermula dari pukul 1.40 hingga 3.20 petang. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhmya oleh guru-guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP. 

Antara objektif utama program ini diadakan adalah supaya:

i) Dapat membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif

ii) Ahli PRS menjadi salah satu wadah bagi murid lain berkongsi dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsikan dengan orang dewasa.

iii) Ahli PRS berkeupayaan membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenal pasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling. 

Semoga dengan  kursus pengenalan PRS ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri ahli-ahli PRS bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan berpegang kuat dengan falsafah PRS "Bantu diri untuk membantu orang lain"

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung..

Banner Program disediakan oleh Cikgu Rusydan



Buku program disediakan oleh Cikgu Nor Arzah

Sesi pendaftaran kursus

Pengacara majlis, adik Qhalesya Nur Iman memulakan majlis dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, 
lagu Negeri Selangor dan lagu PRS


Sesi bacaan doa oleh adik Muhamad Arsyad Danish

Perasmian program oleh Pn Hajah Rohaidah, Guru Besar SKTPP

Sesi Ceramah Pengenalan PRS dan tugas-tugas PRS bersama Pn Juli 



Rakaman aktiviti "Brain Gym" yang turut disertai Puan Guru Besar

PRS sesi petang kusyuk mendengar ceramah

Sesi ceramah pengenalan PRS oleh Pn Nor Arzah

Antara aktiviti "Brain Gym" yang diselitkan dalam slot ceramah 



Ucapan penutupan kursus oleh Pn Hajah Rohaidah 

Sesi bergambar peserta kursus PRS Tahun 3 bersama Puan Guru Besar dan guru-guru B&K

No comments:

Post a Comment