Saturday 10 April 2021

Program Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 6

Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)

Masa   : 2.00 petang hingga 4.15 petang

Tempat : Rumah masing-masing

Medium : Aplikasi Zoom

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut.  Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya pengurusan masa dan mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Objektif program :

1. Memberi motivasi dan kemahiran belajar kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.

2. Memupuk kesedaran tentang pentingya pengurusan masa yang efektif melalui sistem jadual harian yang berkesan dalam membentuk kecemerlangan diri.

3. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.

4. Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah. 

Berikut adalah paparan gambar sekitar program berlangsung.

Slot ceramah bersama PU Izzat

Pengacara majlis Cikgu Roslinda dan Cikgu Norli

Bacaan doa oleh Ustaz Zubair

Ucapan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, 
Guru Besar SK Taman Putra Perdana

Murid-murid tahun 6 mendengar penerangan 
kemahiran belajar yang disampaikan oleh PU Izzat


PU Izzat menyampaikan ceramah Kemahiran Belajar kepada murid-murid tahun 6

Paparan slaid kemahiran belajar yang dikongsi 
bersama-sama murid.


Murid tahun 6 tekun mendengar ceramah yang 
disampaikan

Disediakan oleh :
Roseniza dan Rosmawati

No comments:

Post a Comment