Wednesday 24 May 2023

Majlis Pelancaran Minggu Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik inisiatif sambutan Minggu Perpaduan Negara yang bertemakan 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian'. Ini dizahirkan dengan penganjuran Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023. Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023 dilangsungkan selama seminggu bermula 20 hingga 27 Mei 2023. 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Dr Norsiah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, Tuan Hj Shafruddin bin Ali Hussin, pegawai-pegawai kanan KPM dan barisan pengurusan Bank Rakyat. 

Sambutan ini bertujuan untuk membangkitkan kembali semangat kebersamaan seluruh warga KPM melalui aktiviti yang berasaskan patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan. SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana tersenarai dalam jemputan oleh KPM ke Majlis Pelancaran Minggu Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023. Bilangan peserta setiap sekolah yang dijemput ialah 3 orang yang diwakili oleh pengetua/guru besar, seorang guru penolong kanan dan seorang guru (berbilang kaum). 

Majlis pelancaran tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Mei 2023 (Rabu)
Masa: 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Seri Melati, Presint 3, 62000 Putrajaya

Berikut merupakan gambar dan video aktiviti yang sempat dirakamkan:



Wakil dari SK Taman Putra Perdana: Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), En Naga Kannan a/l Vadivale (GBK Petang) dan Pn Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Guru Besar sempat bergambar kenangan bersama Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia

Bergambar kenangan bersama-sama salah seorang bekas atlet SKTPP (Nagineswaran a/l Sathnakumaran) yang kini belajar yang juga turut serta dalam majlis pelancaran ini. Nagineswaran kini berada di Tingkatan 1, Sekolah Sukan Bukit Jalil

Bergambar kenangan selepas majlis selesai


Bicara Perpaduan: Pemimpin Sekolah Membangun Masyarakat Madani, disampaikan oleh Encik Zainuren bin Hj Mohd Nor (Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia)

Pelancaran Lagu Tema Minggu Perpaduan 2023:

Montaj Program Perpaduan 2023:

Persembahan murid:

No comments:

Post a Comment