Saturday 20 May 2023

Mesyuarat Agung PRS Sesi 2023/24

Setelah beberapa tarikh dipersetujui untuk mengadakan mesyuarat ini, namun kekangan masa dan tugasan yang lain menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan. Akhirnya, berjaya juga laksanakan Mesyuarat Agung PRS pada 18 Mei 2023 (Sesi pagi) & 19 Mei 2023 (Sesi petang).

Terima kasih buat PK HEM yang turut serta dalam mesyuarat kali ini. Sokongan puan amat kami hargai. Kepada yang berjaya menggungguli pucuk pimpinan organisasi PRS, tahniah cikgu ucapkan. Yang tidak berjaya jangan risau anda tetap hebat di hati cikgu😍. Semoga anak-anak PRS semakin matang dalam menjalankan tugas yang telah diberikan. 

Selesai sahaja mesyuarat, guru-guru penasihat PRS memberikan taklimat bidang tugas dan juga nasihat penyuntik semangat untuk anak-anak PRS agar terus bermotivasi dalam menjalankan amanah.        

Mesyuarat Agung PRS (sesi pagi)

Bersama PRS Tahun 5 & 6 

Bersama PRS Tahun 4 dan PPKI

Jawatankuasa Tahun 5 & 6

Jawatankuasa Tahun 4

Mesyuarat Agung PRS (sesi petang)

Undian pemilihan AJK

Calon-calon AJK tahun 3

Senarai AJK Tahun 3

No comments:

Post a Comment