Tuesday 16 May 2023

Progam Ziarah Cakna Siri Kedua Tahun 2023

Dalam mengukuhkan konsep sekolah penyayang, Ziarah Cakna hari ini berkunjung ke rumah Pn Norazizah bt Che'pi di Siantan Apartment. Beliau telah kehilangan suami pada Selasa yang lalu akibat kemalangan jalan raya.

Ahli keluarga masih sedih atas kehilangan suami dan ayah kesayangan. Buat adik Fareez Aiman Rizki bin Hailizal (3 Merpati) dan adik-beradik yang lain diharapkan dapat menerima takdir ini dengan redha. Setiap yang hidup pasti akan pergi.

Kunjungan pihak sekolah kali ini yang diwakili oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), Datin Noraizah bt Dun (PK HEM), En Naga Kannan a/l Vadivele (PK Petang), guru kelas dan guru-guru B&K diharap dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kesedihan yang ditanggung oleh keluarga adik Fareez Aiman.

Sayu mendengar cerita daripada ibu adik Fareez

Fareez Aiman bersama abangnya. Juga merupakan bekas murid SKTPP

Penyerahan sumbangan daripada warga SKTPP

Bersama-sama merakam gambar dalam aktiviti ziarah ini

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) yang sentiasa meluangkan masa hadir dalam program Ziarah Cakna termasuk kali ini. Apa yang penting di sini ialah usaha Tuan Haji untuk mendapatkan bantuan persekolahan daripada pihak Lembaga Zakat dan Kebajikan Masyarakat dan amat dihargai. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment