Aktiviti Mentor Mentee (Siri 2/2026)
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Melalui program ini diharapkan murid dapat;
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat- menghormati antara mentor dan mentee.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
Pelaksanaan aktiviti mentor mentee di SKTPP bermula dari minggu pertama persekolahan iaitu sesi pengenalan bersama guru kelas dan guru pembantu. Pada kali ini aktiviti mentor mentee siri 2/2026 telah diadakan pada ketetapan seperti berikut ;
Tarikh : 26 Januari 2026 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi hingga 7.30 pagi (sesi pagi)/1.00 petang hingga 1.30 petang (sesi petang).
Tempat : Kelas masing-masing
Tajuk : "Saya hadir, Saya Berjaya"
Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti dijalankan.










Comments
Post a Comment