Program Bicara Profesional "Kehadiran Cerminan Kecemerlangan"
Program Bicara Profesional ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa/ penjaga tentang kepentingan kehadiran anak-anak ke sekolah secara konsisten. Statistik menunjukkan bahawa kehadiran murid yang tidak memberangsangkan memberi impak negatif terhadap pencapaian akademik dan sahsiah mereka, Oleh itu, kerjasama dan keprihatinan ibu bapa / penjaga amat penting dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari.
Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa penjaga dalam usaha menangani isu ketidakhadiran murid. Melalui penglibatan aktif ibu bapa/ penjaga, program ini diharap dapat menyokong pembentukan sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid melalui pemantauan, sokongan moral dan dorongan berterusan dari rumah. Disamping itu, program ini turut dimanfaatkan sebagai ruang untuk pihak sekolah menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan lebih berinformasi dan bermakna kepada ibu bapa/penjaga.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung
bersama Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian






Comments
Post a Comment