Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid (Januari 2026)

Aktiviti menyambut kehadiran murid merupakan salah satu komponen di bawah Program Guru Penyayang di sekolah. Aktiviti ini diteruskan lagi bagi sesi persekolahan tahun 2026 di SK Taman Putra Perdana.  Bermula hari pertama persekolahan pada 12 Januari, AJK Unit Guru Penyayang bersama barisan pentadbir dan guru bertugas mingguan menyambut kehadiran murid dengan penuh ceria setiap hari dipintu pagar. Pada minggu pertama persekolahan, Unit Guru Penyayang menyediakan beberapa hadiah untuk murid yang datang awal ke sekolah.

Aktiviti menyambut kehadiran murid memberi semangat dan galakan kepada murid-murid untuk datang ke sekolah setiap hari . Selain itu ia bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra, nilai kasih sayang dan hormat menghormati antara guru-guru dan murid-murid. Tahniah dan syabas kepada AJK Unit Guru Penyayang dan guru bertugas yang dapat melaksanakan tugas pada bulan ini.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti menyambut kehadiran murid yang sempat dirakamkan sepanjang bulan januari.














 

Comments

Popular posts from this blog

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari Hinggan Jun 2025

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)