Monday 15 February 2021

Kerjaya Pilihanku

Assalamualaikum... dan salam sayang buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Bertemu kembali hari ini bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling. Maklumat yang hendak cikgu sampaikan kepada murid-murid adalah berkaitan dengan Pendidikan Kerjaya.

Kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Melalui pekerjaan, manusia mendapat rezeki untuk menyara hidupnya, memberi nafkah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya serta berbakti kepada masyarakat. 

Cikgu harap murid-murid mempunyai kerjaya impian masing-masing kerana secara tidak langsung, ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang matlamat kerjaya dalam kehidupan serta memberi dorongan dan semangat untuk lebih fokus dalam pelajaran. 

Mari tonton video bertajuk 'Kerjaya Pilihanku' yang disediakan oleh alumni SKTPP Kohort Kerjaya (batch 2015-2020) iaitu Nur Dania Aleysa binti Mohd Zaidi, Nur Aliesya Syazana binti Anas Solihin, Farah Nuradlina binti Ahmad Faizal, Nur Auni Najihah binti Zaharuddin dan Asha Rania binti Sallehudin. Tahniah diucapkan atas usaha menghasilkan video ini sehingga berjaya menyertai serta mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor dalam pertandingan Video Eksplorasi Minat Kerjaya Sempena Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Tahun 2020. 

Selamat menonton, sila klik Video Kerjaya Pilihanku

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment