Monday, 22 February 2021

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2021

Selesai sudah majlis pelantikan PRS pada hari ini. Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi teknikal, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan majlis ini dalam norma baharu. Sekalung tahniah kepada 61 orang PRS yang telah dilantik pada tahun 2021. 

Majlis ini dirancang berobjektifkan untuk memberi mandat dan pengiktirafan kepada PRS secara rasmi menjalankan amanah dan tugas yang diberi oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Di samping itu, diharapkan majlis ini dapat meningkatkan lagi motivasi PRS untuk menjalankan tugas dengan penuh ikhlas.

Semoga PRS SKTPP 2021 lebih cemerlang dan berwibawa. Tahniah sekali lagi!!

Buku program


Berikut ialah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis dijalankan

Bersedia menerima peserta di talian google meet

Nyanyian lagu Negaraku ditayangkan

Diikuti Lagu Negeri Selangor

Seterusnya lagu PRS

Bacaan doa oleh Mohammad Fadhlullah bin Mohd Rasulzuki

Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Puan Juli sebagai pengerusi majlis

Bacaan ikrar PRS oleh Qhalesya Nur Iman (Ketua PRS)

Tayangan slaid pengumuman nama PRS 2021

Tayangan slaid menunjukkan nama dan kelas murid

Nama murid dan kelas disebut oleh pengacara majlis

Gambar digunakan sebagai ganti kepada majlis pelantikan yang biasa diadakan
pada setiap tahun secara bersemuka

Ahli-ahli PRS seronok melihat gambar dan nama mereka disebut. Semoga ianya memberi lebih semangat untuk menjalankan tugas pada masa kan datang

Seramai 59 orang bersama dalam majlis pada hari ini yang terdiri daripada para pentadbir, guru-guru dan murid-murid

Senarai nama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2021

"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"

No comments:

Post a Comment