Monday 8 February 2021

Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri

Assalamualaikum.. Salam ceria dan salam sayang buat semua anak didik SK Taman Putra Perdana. Cikgu doakan semoga emosi murid-murid sentiasa pada tahap yang positif. Hari ini cikgu nak kongsikan video animasi yang disediakan oleh 5 orang alumni Kohort Kerjaya bertajuk  Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri. Video yang dihasilkan ini telah menyertai dan mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor dalam pertandingan Video Animasi Tahun 2020. Terima kasih diucapkan kepada 5 orang alumni tersebut iaitu Husna Humaira binti Mukri, Shaira Shafinaz binti Mohd Idris, Nur Amalia Syahmina binti Dinas Suhadi Putra, Eunice Ura Stephen dan Ahmad Aqil Luqman bin Zaiful. 

Sila klik link ini untuk menonton Video Animasi "Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri":

https://youtu.be/e3b5hjJTl8s

Selepas menonton video ini, cikgu harap semua murid sedar terhadap penjagaan keselamatan diri dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat. Sekiranya ingin mendapatkan bantuan, boleh hubungi Guru Bimbingan dan Kaunseling seperti berikut: Cikgu Juli: 0162969848 atau Cikgu Rozimah: 0197733158 atau Cikgu Nor Arzah: 0187694951

Terima kasih.

#kitajagakita

#kiaskukenaldiriku2021

#staysafe

No comments:

Post a Comment