Berdisiplin Di Rumah
Assalamualaikum dan salam inspirasi khas buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semua murid sentiasa bersemangat meneruskan pembelajaran di rumah. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan berkongsi mengenai "Berdisiplin Di Rumah".
Perkara yang amat penting dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ialah bagaimana disiplin ketika di rumah. Tujuannya supaya kita sentiasa berkelakuan baik walau di mana jua kita berada. Sesungguhnya disiplin diri seseorang individu adalah bermula dari rumah.
Seterusnya marilah sama-sama kita menonton video "Berdisiplin Di Rumah" untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video "Berdisiplin Di Rumah".
Waalaikummussalam
ReplyDeletecikgu