Jom Kongsi : Hala Tuju Pendidikan Selepas Tamat Sekolah Rendah
Assalamualaikum, salam ceria dan salam bahagia๐๐๐ buat anak-anak didik dan semua warga SKTPP. Semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang๐๐. Sedar tak sedar telah hampir 2 tahun kita lalui situasi pembelajaran yang agak sukar. Namun, sebagai guru dan murid kita perlu lalui situasi ini dengan redha dan fikiran terbuka agar kita tidak mudah tertekan dan boleh menyebabkan berbagai masalah yang mendatang.
Landskap pendidikan negara berubah dengan ketara sepanjang tahun lalu susulan pandemik COVID-19, dan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tergalas cabaran besar terutama bagi menangani isu penutupan dan pembukaan sekolah yang menjadi satu perkara yang membabitkan masa depan anak bangsa. Antara yang perlu dipertimbangkan KPM adalah menjaga keselamatan dan pada masa sama memastikan anak bangsa tidak tercicir pelajaran.
Pemansuhan UPSR adalah antara pilihan yang dibuat oleh KPM ekoran daripada pandemik yang melanda. Situasi ini bukan bererti terhentinya perjuangan anak-anak di peringkat sekolah rendah untuk mencipta kecemerlangan. Namun pengetahuan yang lebih meluas mengenai pendidikan perlu diambil tahu oleh anak-anak di peringkat sekolah rendah agar perancangan pendidikan boleh di buat.
Ekoran dari itu, Unit B&K SKTPP terpanggil untuk memberi pendedahan kepada anak-anak di SKTPP berkaitan pembelajaran selepas tamat sekolah rendah sebagai satu persiapan minda anak-anak dalam menelusuri ke mana hala tuju pendidikan mereka selepas tamat darjah 6 di sekolah rendah. Jom kita pelajari bersama-sama dari lakaran info grafik dan pautan video yang cikgu sediakan di sini.. ๐
https://www.youtube.com/watch?v=yjHt5P3DUXQ
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpshkpm
Waalaikummussalam,cikgu -++
ReplyDelete