Terapi Ketawa

Selamat kembali meneruskan PdPR sayang-sayang cikgu..
Didoakan kamu sihat, ceria dan bersemangat untuk teruskan pekerjaan sebagai murid iaitu menuntut ilmu... Ayuh, teruskan dengan semangat luar biasa itu😀😀😀😀

Hari ini cikgu ingin kongsikan mengenai satu terapi yang tidak perlukan kos!! Yang perlu hanyalah modal percuma yang Allah kurniakan iaitu mulut dan suara😁 Terapi yang cikgu maksudkan ialah TERAPI KETAWA. Banyak manfaat jika kita mengamalkannya. Cikgu akan terangkan di dalam video yang telah cikgu sediakan khas untuk murid-murid yang cikgu sayangi. 

Terapi penting untuk diri kita bagi membuang 4 sampah sarap pemikiran yang mengganggu kehidupan seharian. Pemikiran yang tidak terkawal merupakan penyebab utama individu terperangkap dalam terowong kesihatan mental. Segera untuk kita sedari apakah 4 sampah sarap yang perlu kita buang itu.

🙍Menyesal perkara yang sudah lepas
💆Fikir masalah tanpa penyelesaian
💁Fikir perkara yang sama berulang-ulang
🙇Bimbang tentang masa depan

Apa yang penting ialah tindakan. Ingat, orang yang berjaya bukan datangnya daripada pemikiran yang hebat tetapi daripada tindakan yang luar biasa. Better late than never okey😀

Jom bersama-sama cikgu dapatkan info mengenai manfaat terapi ketawa................ tapi bukan ketawakan orang ya.. no.. no.. no...😊


Cikgu juga ingin memberi ruang untuk kamu bertanya mengenai apa sahaja persoalan dan berkongsi dengan  rakan-rakan aktiviti menarik yang kamu lakukan setiap hari. Jom join link padlet bersama guru bimbingan anda.



#kiaskukenaldiriku
#staysafe

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023