Friday 9 July 2021

Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Perkongsian dari Unit Bimbingan dan Kaunseling hari ini adalah "Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita". Cita-cita adalah suatu impian dan harapan seseorang. Soalan tentang cita-cita sering ditanya sejak seseorang itu masih kecil lagi. Oleh itu sudah pasti cita-cita amat penting dan terlalu istimewa kepada seseorang individu. Antara keistimewaan jika seseorang individu memiliki cita-cita ialah akan menjadi pendorong atau pembakar semangat dalam mengharungi kehidupan. Contohnya, jika seseorang bercita-cita untuk menjadi doktor, sudah tentu dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya itu. 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan cita-cita, cikgu ingin mengajak semua murid menonton video cita-cita dan menjawab soalan kuiz. Jom semua......

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video "Cita-cita".


AKTIVITI KUIZ: Jom klik pautan ini

Selamat mencuba

#kiaskukenaldiriku
#staysafe
#jpnselangor
#bpshkpm
#kpm

No comments:

Post a Comment