Jom Kongsi : Adab Berguru

Assalamualaikum... Salam sihat untuk semua!!

Kejayaan seseorang itu dalam kehidupan dan kerjaya pada hari ini tidak akan dapat dicapai sendirian melainkan dengan bantuan orang dan individu yang berada di sekeliling kita. Antara mereka yang banyak memberi sumbangan pendidikan kepada kita ialah guru. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap anak muridnya berjaya dan memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Peribahasa Melayu ada mengatakan guru umpama lilin yang menerangi. Ia bermaksud guru banyak berkorban untuk anak didiknya. Seharusnya dalam menuntut ilmu kita perlu menghormati guru berdasarkan adab-adab yang telah kita pelajari. Hari ini cikgu ingin mengingatkan kembali adab-adab berguru yang perlu kamu patuhi demi mendapatkan ilmu yang diberkati.

Boleh semak berdasarkan tips di bawah adakah kita seorang yg beradab semasa kelas online?



Wahai anak-anak didikku, ingatlah pesan daripada Imam Syafie seperti di dalam syairnya....
đź’“ Bersabarlah di atas kepayahan guru kamu,
đź’“Kegagalan ilmu itu kerana tidak hormatnya kepada guru itu,
đź’“Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan menuntut ilmu, dia akan menanggung kejahilan sepanjang hayatnya.

"Happiness is a state of mind"

#kiaskukenaldiriku
#teampemikirmindasihat
#staysafe

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)