Peribadi Yang Sihat
💓 Salam Jumaat💓
Rasa?? Apakah itu?
Rasa manis.. rasa masin..... rasa sedap... semuanya ada dalam makanan. Jangan tak tau ya, perasaan pun ada rasa. Rasa marah, tidak puas hati, geram, sedih, kecewa dan banyak lagi. Hari ini cikgu kongsikan tentang rasa tertekan. Apa yang patut kamu lakukan jika berperasaan sedemikian? Gunalah konsep IDEAL seperti di dalam video di atas. In sha Allah dapat membantu meleraikan rasa tersebut dan kembali ceria seperti sediakala.
Jika bulan pasangannya matahari, jika meteor pasangannya planet... Rasa tertekan juga mempunyai pasangan. Jika tertekan, tanpa ketenangan buruk padahnya. Jom cikgu kongsikan cara untuk mencipta ketenangan dalam diri 👇👇👇. Semoga cara ini dapat membantu anak-anak kesayangan cikgu apabila diperlukan.
Apabila diri dapat berdamai dengan ketenangan, belajarlah untuk fahami diri bagi memaksimumkan potensi. Cikgu yakin dan percaya, anak-anak di luar sana sangat berpotensi untuk berjaya. Memahami diri adalah titik permulaan bagi sesebuah kejayaan. Anda ingin berjaya dalam kehidupan?? Jom follow tips di bawah. Semoga bermanfaat.
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangorterbilang
#staysafe
Comments
Post a Comment