Jom Kongsi : ANDA...Remaja Pascamerdeka, Teguh Jiwanya

Assalamualaikum, salam ceriaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ salam merdeka untuk anak-anak SKTPP khasnya dan warga SKTPP amnya. Alhmdulillah... syukur padaNya kerana kita berada di bumi merdeka. Oleh itu anak-anak, ambillah peluang yang terbuka luas di bumi merdeka ini untuk menuntut ilmu dan sentiasa berusaha merdekakan diri daripada belenggu kealpaan dan kemalasan. Jom kita tonton video berikutnya bagi membangkitkan semangat kita..


Seterusnya, Jom cikgu kongsikan tentang bagaimana Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.  Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 – 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Sesungguhnya, negara memerlukan remaja berkemahiran, berwawasan dan bersahsiah dalam usaha membangun dan memacu kemajuan negara pada masa depan. Justeru, modal insan yang berkualiti adalah aset utama dalam merealisasikan matlamat negara untuk mencapai status negara maju.

Golongan remaja perlu memiliki nilai jati diri yang kental, memiliki kualiti ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan memiliki ciri daya ketahanan diri yang kuat agar dapat menangkis segala jenis ancaman penyakit sosial dan perilaku jenayah yang boleh meruntuhkan bangsa dan negara.

Juteru itu, ayuhlah anak-anak SKTPP kita sematkan iltizam dalam diri untuk sama-sama mengambil tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Tingkatkan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk keperibadian yang terpuji. Jom cikgu kongsikan, apa yang boleh anak-anak lakukan dari sekarang sebagai persediaan untuk menjadi Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.



Semoga perkongsian ini, mampu membuka minda dan memberi inspirasi kepada anak-anak bagi mempersiapkan diri memikul tanggungjawab menjadi remaja pascamerdeka yang teguh jiwanya.

#staysafe
#stayathome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023