Jom Kongsi : 5 Teras Keluarga Bahagia
Assalamualaikum, salam ceria & salam bahagia 😃😃😃 buat anak-anak serta warga SKTPP. Semoga kebahagiaan menjadi tamu istimewa buat kita setiap ketika. Kita sanggup lakukan apa sahaja untuk kecapi kebahagiaan kerana ia lebih kekal dari wang dan harta. Keluarga bahagia bukan sekadar ibu bapa dan anak-anak berkumpul dalam satu rumah sahaja, namun ia adalah satu ikatan kasih sayang yang suci terjalin bersama pasangan, manakala anak-anak pula merupakan amanah dari Allah.
Kita semua mampu membina keluarga yang bahagia dengan mengamalkan beberapa perkara yang mungkin dianggap remeh dalam kehidupan harian kita, namun tanpa dijangka ianya mampu memberi impak yang besar dalam jangka masa panjang. Jom sama-sama kita amalkan beberapa tips yang menjadi teras kepada keluarga bahagia.
Semoga perkongsian video ini juga mampu memberi nilai tambah dalam usaha kita membina keluarga yang bahagia
#staysafe
#mindasihat;emositerjagakehidupansejahtera
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
Comments
Post a Comment