Wednesday, 8 September 2021

Jom Kongsi : Kita Kan Sahabat

Assalamualaikum, salam ceria dan salam bahagia๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒbuat anak-anak SKTPP. Semoga anak-anak semua sentiasa sihat, bersemangat dan gembira mengikuti PdPR. Fikirkan kebaikan ilmu pada diri dan buangkan jauh-jauh segala gangguan yang mendekati. Perlakuan dan tindakan yang baik bermula dari pemikiran yang baik.

Hari ini, cikgu nak kongsi dengan anak-anak tentang kawan, rakan atau lebih manis disebut sahabat. Sahabat sejati sukar untuk dicari apatah lagi untuk dimiliki. Memiliki sahabat yang baik dan sentiasa sudi bersama-sama kita dalam keadaan susah dan senang adalah umpama satu rahmat yang tiada nilainya. Oleh itu hargailah sahabat yang kita ada dan berusahalah untuk menjadi seorang sahabat yang baik. Mari sama-sama kita belajar tentang ciri-ciri sahabat yang baik melalui info grafik dan video yang disediakan di sini.






Semoga perkongsian ini membuka minda anak-anak untuk menjadi sahabat yang baik. Salah satu ciri sahabat yang baik, adalah menjadi pendengar yang baik. Hubungilah kami, guru-guru B&K SKTPP andainya anak-anak perlukan seseorang untuk berkongsi dan medengar luahan emosi anda... Kita Kan Sahabat...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

"Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kesihatan Sejahtera"

#staysafe
#kiaskukenaldirimu
#jpnselangor

No comments:

Post a Comment