Monday 25 October 2021

Mengguna Internet Dengan Sihat

Assalamualaikum, salam ceria๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ, salam bahagia buat anak--anak didik SKTPP.  Semoga anak-anak terus bersemangat dalam meneruskan PdPR pada hari ini dan hari-hari seterusnya.

Sentiasa setkan dalam minda, saya BERSEMANGAT dan RAJIN untuk ikuti PdPR. Hari ini, Unit B&K ingin kongsikan tentang Menggunakan Internet Dengan Sihat. untuk pengetahuan anak-anak semua, Internet merupakan rangkaian komputer yang berhubung di dalam beberapa rangkaian dan diringkaskan kepada interconnected-networking. Dengan kata lain internet, adalah jaringan besar  yang saling berhubungan dari jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer di seluruh dunia, melalui telefon, satelit dan sistem-sitem komunikasi yang lain.

Pada zaman teknologi  ini terdapat banyak hal ataupun masalah yang timbul disebabkan penyalahgunaan internet. Hal ini kerana tahap kesedaran para pengguna masih rendah dan pengetahuan dalam aspek keselamatan penggunaan masih kurang. Oleh hal yang demikian adalah sangat penting bagi setiap individu untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan internet secara berhemah dan bijaksana. Jom kita kita ikuti 4 tips bagaimana menggnakan internet secara sihat. 



Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak menggunakan internet secara sihat. Pilihan di tangan kita, jadilah pengguna yang bijak dan sihat.

#staysafe
#staypositive
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor

No comments:

Post a Comment