Posts

Showing posts from 2016

Debaran Semasa Bertanding...

Image
Alhamdulillah...hari ini selesai sudah presentation daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP. Walaupun sesi untuk SKTPP adalah yang terakhir, namun kami dengan penuh semangat waja terus menunggu hingga akhirnya. Pertandingan ini merupakan stress yang membawa kebaikan untuk kami. Terima kasih kepada semua warga SKTPP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sebahagian sekolah yang bertanding pada hari ini Sempat berposing bersama fail Persiapan terakhir sebelum presentation Bersama pesaing Vs Kawan lama Rehat-rehatkan minda, pergi isi perut dulu Cikgu Juli penuh semangat dalam membuat pembentangan pengurusan kaunseling Alhamdulillah, sistem audio berfungsi dengan baik Sebahagian daripada video dalam persembahan "Kaunseling Cemerlang, Murid Gemilang"

Selamat Bertanding

Image
Selamat Berjuang buat trio guru-guru kaunseling SKTPP dalam Pertandingan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling peringkat Negeri Selangor 2016 di Unit Latihan, Seksyen 6, Shah Alam. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat memberi persembahan yang terbaik. Semoga berjaya!

Pemantauan dan Bimbingan PPD

Image
Pegawai Kaunseling PPD Sepang; En. Alwi telah turun padang memantau dan membimbing guru-guru Bimbingan dan Kaunseling diiringi Guru Besar. En. Alwi turut menyampaikan sijil selaku Johan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang. Terima kasih En. Alwi...

Pengusaha Kedai Buku Melawat Bilik Kaunseling

Image
Terima kasih buat Ms. Bong yang sudi melawat Bilik Kaunseling kami sambil menitipkan kata-kata semangat serta memberi sedikit sumbangan untuk keceriaan bilik. Thank you...

Sesi Penggambaran Perutusan Guru Besar

Image
Sebagai memenuhi syarat pertandingan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Guru Besar menyampaikan perutusan berkaitan Pengurusan Kaunseling dalam sesi penggambaran yang sederhana lagi santai...

Guru-Guru BnK yang Ceria

Image
Jom tengok aksi ceria lagi sporting guru-guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP yang terdiri daripada Pn. Juli bt. Mahbah, Pn. Rozimah bt. Yaakob dan Pn. Nor Arzah bt. Hussin... Bersama pentadbir SKTPP

Bilik Pengurusan Berwajah Baru

Image
Hasil kerjasama guru-guru dan staf, Bilik BnK disusun atur agar lebih ceria dan bernafas baharu. Semoga anak-anak lebih bersemangat untuk menjalani aktiviti di sini...

Buku Atur Cara Pengurusan Kaunseling

Image
Buku program yang mengandungi senarai AJK untuk Pertandingan Pengurusan Terbaik Kaunseling Peringkat Negeri Selangor 2016. Terima kasih semua.

Program Kalam Pendeta

Image
Program Kalam Pendeta merupakan rangkuman program LAWAD (Learn A Word A Day) yang telah dilaksanakan di SKTPP sejak 2010 lagi. Program ini telah didapati dapat menyelesaikan masalah kebisingan semasa perhimpunan mingguan dan harian serta dapat menambahkan perbendaharaan kata anak-anak murid. Program ini adalah anjuran bersama Unut Bimbingan dan Kaunseling serta tiga panitia bahasa iaitu Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.    Majlis pelancaran Kalam Pendeta dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang komited mencatat perkataan-perkataan LAWAD ini telah menaikkan semangat setiap murid...

Bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP

Image
Di sini lahirnya seribu insan Di sini kami memacu kegemilangan Anak-anak putera puteri cilik Kebanggaan ayah bonda dan pendidik