Posts

Showing posts from December, 2022

Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022/23

Image
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana selesai sudah pelaksanaan Majlis Apresiasi untuk PRS tahun ini. Dijalankan secara sederhana namun diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman ahli PRS juga murid-murid yang lain dalam membentuk kecemerlangan pada masa akan datang. Seramai 73 orang PRS telah diraikan pada hari ini. Ditonton oleh semua warga SKTPP. Tahniah buat 3 orang PRS yang berjaya mendapatkan PRS Tahap Bongsu pada tahun ini. Kerja keras dan komitmen kalian amat cikgu hargai. Jumlah tidak penting, tetapi kualiti seseorang yang dinobatkan itu adalah lebih penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai PRS. Berikut momen yang dirakam sepanjang majlis dijalankan. Dijalankan pada ke dua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan majlis sila klik  Buku Program.                                                                                 Sesi Pagi Sokongan padu daripada pentadbir Majlis dipengerusikan oleh Cik Roslinda bt Mansor