Posts

Showing posts from July, 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari Hinggan Jun 2025

Image
  Sambutan hari lahir merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk menghargai dan meraikan hari istimewa setiap murid di sekolah. Ia bertujuan untuk membina semangat kebersamaan dan menjadikan murid berasa dihargai dan disayangi. Aktiviti ini juga dapat menyemai nilai murni seperti kasih sayang, saling menghormati dan kegembiraan dalam kalangan murid. Pada 7 Julai 2025 (Isnin), SKTPP sepakat untuk mengadakan sambutan hari lahir murid kali pertama untuk tahun ini. Sambutan dilaksanakan dalam suasana sederhana tapi meriah. Terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi berkongsi rezeki dengan murid-murid di SKTPP.

Ziarah Cakna Siri 1 & 2 Tahun 2025

Image
P rogram Ziarah cakna merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar. Dalam konteks sekolah, Program Ziarah Cakna merupakan satu inisiatif sekolah dengan kerjasama PIBG untuk mempererat hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga. Selain mengenal pasti isu-isu yang mempengaruhi kesejahteraan dan kehadiran murid. Melalui pendekatan turun padang, guru bersama pentadbir serta jawatankuasa terlibat akan menziarahi rumah murid-murid yang memerlukan perhatian terutamanya yang mempunyai masalah kehadiran, potensi akademik rendah atau latar belakang keluarga yang mencabar. Program ini bukan sahaja menyampaikan mesej keprihatinan sekolah, malah menjadi platform untuk menyelami realiti kehidupan murid serta mencari jalan penyelesaian secara bersama sokongan komuni...