Posts

Showing posts from March, 2018

Program Guru Penyayang : Aktiviti Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Mac (Sesi pagi & petang)

Image
Alhamdulillah... Selesai sudah sambutan hari lahir murid pada bulan Mac. Majlis penyampaian hadiah hari lahir murid sesi pagi telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar), manakala sesi petang pula disampaikan oleh Pn Jumilah bt ahmad (PK Petang). Bagi menambah keberkatan majlisseiring doa untuk kesejahteraan semua terutama murid yang dirai, Ustaz Saifful telah memimpin bacaan doa. Sejurus itu murid dan guru turut menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" kepada yang diraikan. Diharapkan semoga amalan guru penyayang dan budaya menghargai ini akan menjadi budaya yang sebati dalam kalangan warga sekolah. Gambar yang dirakam.. Sesi Pagi   Sesi Petang

Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Dan Program Kerjaya Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2018

Image
Tarikh : 14 Mac 2018 Hari :Rabu Masa : 8.00 pagi Sasaran : Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Daerah Sepag Tempat : Auditorium GMI, Bangunan Pentadbiran German Malaysian Institute, Jalan Ilmiah, Taman Universiti, Kajang, Selangor. Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan kerjasama German-Malaysian Institute (GMI) Objektif : 1. Memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan pentaksiran psikometrik 2. Memberi pendedahan berkaitan program yang ditawarkan oleh pihak GMI 3. Membentangkan pelaksanaan program Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Peringkat Daerah Sepang yang telah dirancang oleh jawatankuasa. Atur cara : 8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan 9.00 pagi : Taklimat GMI oleh Pn Maizul Alleyna Mohd Aini 9.30 pagi : Taklimat psikometrik oleh Pn Noraini bt Mustafa dan Pn Rose Diana 10.30 pagi : Taklimat PROMAJU-MAS oleh Pn Ezwati bt Adnan 11.00 pagi : Ucapan aluan Pengacara Majlis 11.05 pagi : Ucapan YDP MGKK Daerah Sepang 11.20 pagi : Ucapan perasmian