Posts

Showing posts from July, 2018

Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Sahabat PPDa & Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2018

Image
Unit Bimbingan & Kauseling, Unit PPDa dan Unit PSS SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya pada: Tarikh / Hari : 18 Julai 2018 (Rabu) Masa : 2.00 - 4.00 petang Tempat : Terminal Muafakat SKTPP Sasaran : Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 3, 4 dan 5 Objektif : 1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. 2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 3. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan. 4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Kursus asas ini telah berjalan dengan lancar sekali. Kursus yang berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara ketermpilan dan adab yang

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 (Sesi Petang)

Image
Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Biar amarah disunting senyum,  Ibarat pekerti disulam kasih,  Diharap dihalal makan dan minum,  Ibarat rezeki tidak disisih Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.....Sambutan hari raya kali ini tidak ketinggalan meriahnya untuk sesi petang. Semua berganding bahu dalam menjayakan sambutan ini demi anak-anak murid tercinta. Pelbagai juadah beranika macam, terus makan tidak hanya dipandang....semuanya sedap-sedap dan kami kenyang sampai ke petang. Terima kasih kepada En Ibrahim bin Rahman (NYDP PIBG) yang sudi datang memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Semoga ukhwah antara kita semua akan terus terjalin.  Ini camerawoman saya. Cikgu Azlinda..Sangat berbakat kawan saya ni. Hari ini kami ditugaskan untuk membuat paparan di blog sekolah untuk tontonan umum.... Selamat datang ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah