Posts

Showing posts from September, 2020

Yellow Challenge Sebagai Tanda Sokongan Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020

Image
" Let's Talk Minda Sihat" -Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri - Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan kepada kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental. Jom kita lihat apa yang ditakrifkan dengan kesihatan mental. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif, dapat belajar dengan aman dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Menyedari kepentingan itu, SKTPP menyahut cabaran Yellow Challenge dengan bersama-sa

Program Minda Sihat : Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat

Image
Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Selasa (22/9/2020) untuk peserta Tahun 1 dan pada hari Rabu (23/9/2020) untuk peserta Tahun 2. Seramai 20 peserta dari Tahun 1 dan 19 peserta dari Tahun 2 telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan di bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP. Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kepentingan menjaga kesihatan mental dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah amnya dan murid-murid khususnya. Dengan adanya aktiviti seperti ini juga, secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid serta memotivasikan mereka untuk bersaing bagi mencapai kejayaan. Berbagai-bagai ragam dan gaya para peserta dapat disaksikan sepanjang program ini berlangsung. Jom...sama-sama kita saksikan gambar-gambar serta video yang sempat dirakamkan. Gambar-gambar dan video di bawah ini adalah dari peserta Tahun