Posts

Showing posts from October, 2020

Jom Jadi Adiwira..

Assalamualaikum dan salam sihat... Semoga kita dijauhi dari jangkitan virus COVID-19. Jangan alpa, kita masih belum menang. Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat. Sentiasalah memakai pelitup muka walau di mana kita pergi terutamanya di tempat awam. Pemakaian pelitup muka ini adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus COVID-19. Sama-samalah 'kita jaga kita' dan jadi Adiwira... Jom tonton video ini:

Bengkel Webinar Secara Online : Pembelajaran Sepanjang Hayat

Image
Pembelajaran Sepanjang Hayat juga disebut Pembelajaran Sepanjang Umur  yang bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajran yang dilaksanakan sepanjang hayat. Pada hari ini Pembelajaran Sepanjang Hayat dikhususkan kepada semua kaunselor atau Guru Bimbingan & Kaunseling.  Pembelajaran Sepajang Hayat sangat bermanfaat kepada seseorang individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Tajuk: Pembelajaran Sepanjang Hayat Tarikh: 22 Oktober 2020 Hari: Khamis Masa: 10.00 pagi Anjuran: Lembaga Kaunselor Tempat: Platform Zoom Meeting

Perkhidmatan Sokongan Psikologi Dalam Kebiasaan Baharu

Image
Pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak melepaskan peluang menyertai Webinar Bulan Kauneling Kebangsaan 2020, Siri 6. Tajuk: Perkhidmatan Sokongan Psikologi Dalam Kebiaasaan Baharu Tarikh : 14 Oktober 2020 Hari : Rabu Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Di hadapan komputer / laptop masing-masing Anjuran : Lembaga Kaunselor dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.  Penceramah : Puan Ruhana Mahmod, Kementerian Kesihatan Malaysia merangkap Anggota Lembaga Kaunselor (Malaysia) Tema : Kaunseling Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat #OktoberBulanKaunselingKebangsaan2020 #HidupSejahteraBukanKecewa

Penghantaran Instrumen Simposium HEM

Image
Setelah menyiapkan beberapa persiapan terakhir, hari ini kita menyerahkan instrumen pertandingan Kaunseling dan Disiplin sempena Simposium HEM Peringkat Negeri Selangor kepada Pegawai Kaunseling PPD Sepang. Terima kasih PPD atas kepercayaan. Semoga dapat memenuhi kehendak kriteria yang digariskan seterusnya berjaya mengharumkan nama daerah kita. Doakan kejayaan SKTPP..

SKTPP Mewakili Sepang ke Simposium HEM Negeri Selangor

Image
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PPD Sepang kerana telah mencalonkan SKTPP mewakili daerah Sepang ke Simposium Hal Ehwal Murid (HEM) peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan minggu depan. Meski masa yang diberi sangat singkat namun semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid sangat luar biasa. Bermula dengan mesyuarat AJK Induk seawal minggu diikuti Mesyuarat AJK Pelaksana pada hari Selasa seterusnya masing-masing bergerak rancak menyediakan instrumen dan eviden yang diperlukan. SKTPP mewakili Sepang dalam kategori; Penarafan dan Pertandingan Pengurusan Sahsiah Murid 1. Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang 2. Anugerah Guru Disiplin - Tn. Hj. Tarmiji bin Sabali Penarafan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 3. Pengurusan Program Minda Sihat Proaktif Pertandingan Murid - pemilihan peringkat daerah; 4. Video Inspirasi Kreatif Nilai & Sahsiah Murid 5. Video Eksplorasi Kerjaya 6. Video Inspirasi Motivasi Kecemerlangan Murid 7. Inovasi dan Kreativiti Minda