Monday 6 September 2021

Terapi Kata-Kata "Gelas Harapan"

Assalamualaikum, salam inspirasi buat semua. Apa khabar? Didoakan anak-anak SKTPP sihat dan kekal bersemangat untuk PdPR. Ingat, guna peluang yang ada untuk menimba ilmu walau apa cara sekalipun.

Setiap hari mood atau perasaan kita biasanya tak sama. Hari ini mungkin kita rasa kecewa. Tetapi esoknya datang pula bahagia. Fokus di sini ialah bagaimana untuk kita hadapi pada hari yang munculnya unsur-unsur negatif ini. Salah satu cara ialah mencipta Gelas Harapan atau "Glass Of Hope". Dalam gelas harapan ini kita masukkan kata-kata motivasi atau positif yang boleh meningkatkan atau membangkitkan semangat kita. Apabila diri mula rasa putus asa, kecewa, hilang arah dan tujuan, tiada tempat untuk mengadu.... keluarkan satu kata-kata dalam gelas harapan itu tadi dan membacanya. Hayati setiap bait kata-kata itu dan jadikan ia sebagai pembakar semangat. Biarkan hormon endorfin meletus-letus dengan kata-kata yang positif. In sha Allah, dengan niat untuk mendapat kebaikan, segalanya akan dipermudahkan.

Anak-anak sekalian, kamu boleh mencubanya. Senang sahaja. Tiada yang sukar jika kita mahukannya. Di sini cikgu sediakan video khas untuk tatapan anak-anak kesayangan cikgu. Cikgu juga kongsikan tatacara membuat gelas harapan secara manual.

Cara membuat "Gelas Harapan"

1. Sediakan gelas kaca / balang kaca atau plastik (yang bertutup lagi bagus)

2. Sediakan kertas warna. Seeloknya warna terang untuk meningkatkan lagi motivasi diri.

3. Tulis kata-kata motivasi / positif mengikut saiz yang diperlukan. Jika ingin mencetaknya pun boleh. Untuk permulaan boleh buat sebanyak 30 kata-kata. Anggaran digunakan dalam tempoh sebulan.

4. Gunting dan gulung kata-kata itu tadi dan masukkan ke dalam balang yang disediakan.

5. Bila semangat dah mula pudar, keluarkan satu kata-kata tersebut dan hayatinya. Semoga ianya membantu dalam mengeluarkan aura-aura baru yang positif.

6. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

#staysafe
#selftalk
#kiaskukenaldiriku

2 comments:

  1. Wahcantiknya saya pun nak buat ~_~👩🏻‍🏫👩🏻‍🎓Saya nak captai impian saya 👩🏻‍🎓👩🏻‍🎓🎉🎉Saya nak belajar sungguh - sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tahniah.Cikgu doakan kamu berjaya capai impian itu.Jangan lupa share dgn cikgu apa yang awak dah buat ya.

      Delete