Posts

Showing posts from March, 2023

Program Sinergi Mega (Hari Kelima)

Image
Hari : Jumaat Tarikh :  24 Mac 2023 Sesi : Pagi dan Petang Sambutan Ihya Ramadhan sesi pagi Bacaan doa                                                                          Pelancaran Ihya Ramadhan    Tazkirah Ihya Ramadhan Majlis Perpisahan Ustazah Norziani dan Cikgu Hasbullah sesi pagi. Aktiviti Adab dengan guru Penyampaian Hadiah Ihya Ramadhan sesi pagi Pelancaran Ihya Ramadhan sesi petang Tazkirah Ihya Ramadhan Majlis Perpisahan Ustazah Norziani dan Cikgu Hasbullah sesi petang Aktiviti murid Prasekolah Penyampaian hadiah aktiviti Ramadan sesi petang Disediakan oleh : Pn. Nurhayati

Program Sinergi Mega (Hari Keempat)

Image
Program Sinergi Mega diteruskan lagi pada hari yang keempat. Program pada hari ini juga melibatkan semua murid. Aktiviti dimulakan dengan Program Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid dengan ceria dan bersemangat. Murid amat digalakkan sentiasa melibatkan diri dengan  aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.  Seterusnya, murid berhimpun di Dewan Perdana sambil mengalunkan bacaan zikir dan nasyid.            Bagi slot aktiviti  Ahlan Wa Sahlan    Ya Ramadhan, semua murid  diingatkan dengan niat berpuasa, rukun puasa, adab ketika berpuasa, amalan-amalan yang boleh meningkatkan pahala berpuasa dan doa berbuka puasa. Aktiviti ini hanya melibatkan murid-murid Islam sahaja. Sementara murid-murid moral terlibat dengan aktiviti moral di bawah pimpinan guru yang bertanggungjawab.              Aktiviti berikutnya adalah Cari Saya dan Cari Perbezaan. Modul bagi setiap aktiviti telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Modul. Aktiviti diteruskan dengan Teknik Relaksasi –

Program Sinergi Mega (Hari Ketiga)

Image
Hari:          Rabu Tarikh:          22 Mac 2023 Sesi:               Pagi dan Petang Pada hari ini Program Sinergi Mega dimulai dengan aktiviti Amalan Sekolah Penyayang. Murid hadir ke sekolah dan masuk barisan kelas masing-masing di Dewan Putra dan Dewan Taman. Setelah acara perhimpunan ringkas dengan bacaan doa berlangsung, murid-murid bersedia pula dengan aktiviti senamrobik selama 1 jam. Program diteruskan dengan Acara Sukaneka (bawa bola dalam sudu, lari dalam guni, isi air dalam botol dan boling kampung) serta Permainan Tradisional (lompat getah dan pukul berapa datuk harimau). Program hari ini tamat pada pukul 12.20 tengah hari sesi pagi dan 5.50 petang sesi petang. Antara gambar-gambar Prasekolah dan Tahap 2 yang dirakam:-     Antara gambar-gambar Tahap 1 yang dirakam:-     Laporan disediakan oleh Zalina binti Ismail