Posts

Showing posts from October, 2023

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah- Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah 2023

Image
  Hari ini telah berlangsung satu majlis Pelancaran Duta Sahsiah bagi Tahun 2023 bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Majlis ini merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Disiplin Sekolah dengan kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM.  Sahsiah unggul dan peribadi murid yang baik akan menentukan masa depan mereka pada masa akan datang. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah bagi memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. Dengan adanya penganugerahan Duta Sahsiah, sekali gus mampu memotivasikan diri murid dalam membentuk penampilan diri yang baik di samping meningkatkan jati diri dan memberi kesedaran bahawa pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup. Maklumat lanjut berkaitan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah boleh klik di sini  Buku Program Seawal 6.50 pagi team menyambut kehadiran murid telah bersedia di Pagar A &B Antara VIP yang hadir untuk majlis Pelancaran Duta Sahsiah terdir

Program Ziarah Cakna Siri 4/2023

Image
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang boleh saya gambarkan dengan keluarga ini. Jananee dan Danissha merupakan 2 beradik yang perlu menghadapi kesukaran dalam kehidupan apabila ayah, nenek dan ibu saudaranya (penjaga) menghidap penyakit yang telah membantutkan usaha dalam mencari rezeki dan menguruskan hal-hal kehidupan seharian. Semoga kehadiran pihak sekolah ini mampu membuka ruang kegembiraan buat keluarga ini walaupun seketika. Kehadiran kami ini bukan semata-mata lawatan biasa tetapi hasrat yang besar agar amalan penyayang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan penjaga murid serta sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Berikut gambar-gambar semasa lawatan dijalankan. Puan Hajjah Rohaidah 'turun padang' bersama-sama dalam menjalankan aktiviti ziarah ini Nenek kepada murid yang mengalami stroke. Tidak mampu menguruskan diri tanpa bantuan orang lain Penuh empati apabila mendengar cerita daripada nenek ini Tuan

Ceramah Teknik Belajar Dengan Berkesan (I-Think Skill) Bagi Subjek Matematik Bagi Pelajar Tahun 6

Image
Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana dikunjungi oleh pihak Usaha Taqwa Solution bagi mengadakan Ceramah Teknik Belajar Dengan Berkesan (I-Think Skill) khas kepada semua murid Tahun 6. Program ini telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah kepada Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Matematik.  Berikut merupakan maklumat program: Tarikh: 17 Oktober 2023 Hari: Selasa Masa: 8.00 pagi hingga 9.30 pagi Sasaran: Semua murid Tahun 6 termasuk murid PPKI Penceramah: Cikgu Sri Ganapathi Objektif program: Memberi perhatian dan penekanan khusus kepada subjek Matematik dari segi teknik dan kemahiran menjawab soalan-soalan (I-Think Skill).  Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan: Tayangan slaid ceramah Penceramah: Cikgu Sri Ganapathi Pengacara Majlis: Pn. Roseniza binti Setapa Bacaan Doa: Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib Jumlah peserta yang hadir seramai lebih kurang 300 orang murid Murid-murid Tahun 6 termasuk murid PPKI fokus mende

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) Bulan September 2023

Image
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) diteruskan lagi pada bulan ini. Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada murid sesi pagi dilaksanakan pada 2 Oktober 2023 (Isnin), manakala sesi petang dilaksanakan pada hari ini 3 Oktober 2023 (Selasa). Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan tahniah kepada pemenang bagi bulan September. Semoga amalan terbaik 3S ini sentiasa diamalkan sampai bila-bila. Senarai nama pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bulan September 2023: Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung: