Tuesday 30 April 2024

Aktiviti Guru Penyayang -Mengalu-alukan Kehadiran Murid Mac-April 2024

Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2024/25 dan ianya telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah. Berikut waktu aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid dijalankan mengikut sesi:

  • Sesi pagi : 7.00-7.30 pagi
  • Sesi petang : 12.30 -1.00 tengah hari

Sekumpulan AJK Guru Penyayang telah ditugaskan di setiap pagar dan dibantu oleh guru bertugas pada minggu itu. Ucapan-ucapan positif yang dialunkan oleh guru-guru di pintu pagar menjadikan murid lebih bersemangat melangkah masuk ke sekolah.

Semoga aktiviti ini mampu memberi impak yang positif buat anak-anak SKTPP. Tahniah & terima kasih buat semua AJK Guru Penyayang sesi ini!!

Rangkuman gambar-gambar mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi & petang






















Wednesday 24 April 2024

Ziarah Cakna Siri 1/2024

Mengambil peluang pada petang ini untuk menziarahi seorang murid kita yang telah kembali kepada Maha pencipta iaitu Nur Batrisyia binti Ahmat Sayuti (5 Zircon). Seorang murid yang baik dan cemerlang, namun Allah lebih sayangkannya.

Hadir Bersama

1. Datin Noraizah binti Dun (PK HEM)

2. Puan Rohaya binti Rusdi (PK Petang)

3. Puan Juli binti Mahbah (GBKSM)

4. Puan Nor Arzah binti Hussin (GBKSM)

5. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad (Guru Kelas)

6. Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji (Guru Perpustakaan & Media)

7. Cik Roslinda binti Mansor

8. Puan Latipah binti Che Yusof

Semoga ibu bapa dan ahli keluarga arwah redha dengan ujian ini. Tangisan rakan-rakan sekelas membuat cikgu-cikgu sebak. Damailah kamu di sana Batrisyia...


Penyerahan sumbangan buat keluarga arwah