Posts

Showing posts from June, 2024

Program Guru Penyayang-Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei - Jun 2024

Image
Seawal 7.00 pagi, guru-guru bersama barisan pentadbir telah pun berada di pagar demi menyambut kehadiran anak-anak SKTPP. Senyuman yang terukir diharapkan mampu menyuntik semangat murid-murid hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu. Sokongan dan aspirasi yang ada dalam diri seorang guru itulah yang menjadi pembakar semangat buat anak-anak SKTPP. Guru-guru juga sanggup berpanas menunggu kehadiran murid dengan senyuman sekali gus menyatakan gembiranya hati seorang guru melihat murid-murid mula melangkahkan kaki ke pintu pagar sekolah. Buat anak-anak SKTPP, kejayaan adalah hasil dari kesabaran yang tidak berkesudahan. Teruskan berusaha walaupun terdapat dugaan di sepanjang jalan. Yakinlah pada diri sendiri dan kebolehan anda. Kepercayaan diri adalah kejayaan yang sejati😊 Rangkuman aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi dan petang.

KURSUS PEMIMPIN MUDA PRS TAHUN 2024

Image
Kursus Pemimpin Muda 2024 Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimipin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru.Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai pengawas, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua kelas.Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinan dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain. Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugasan harian.Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapatkan kerjasama daripada semua pihak dan berjalan