Posts

Showing posts from October, 2024

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan September - Oktober 2024

Image
Bermula Mac-Oktober, pentadbir sangat setia meluangkan masa menyambut kehadiran murid di pintu pagar A&B. Begitu juga dengan guru bertugas, AJK Guru Penyayang khususnya dan tidak ketinggalan anak-anak PRS yang cakna sentiasa ada bersama-sama di pagar pada awal pagi dan tengah hari. Alhamdulillah, kerjasama ini diharapkan dapat menarik minat murid-murid SKTPP untuk hadir ke sekolah tanpa alasan yang tidak munasabah. Sekali lagi terima kasih buat AJK Guru Penyayang pada sesi ini yang komited dalam menjalankan tugas. Mereka ialah Cikgu Siti Rabiaah, Cikgu Zailezah, Teacher Azura, Teacher Arnny, Ustazah Salmi, Ustazah Farahani dan Teacher Norhana. Unit Bimbingan & Kaunseling menghargai segala jasa kalian. Berikut gambar semasa aktiviti dijalankan sepanjang bulan September dan Oktober :

Kursus Asas Komunikasi & Konsep Kendiri 2024

Image
  Hari ini 15 Oktober 2024 (Selasa) selesai sudah satu lagi komponan yang perlu dilengkapkan untuk bakal-bakal PRS Tahap Bongsu. Namun begitu kursus ini diwajibkan buat semua PRS termasuklah PRS Percubaan Sesi Petang. Kursus ini bertempat di Terminal Terabait dan penyampainya adalah semua GBKSM SKTPP. Sesuai dengan objektif kursus ini diharapkan PRS dapat melengkapkan diri dengan menguasai asas komunikasi dan meningkatkan konsep diri yang positif dalam diri PRS. Dengan adanya kursus ini diharapkan SKTPP dapat melahirkan PRS yang berkeyakinan, berkarisma dan berintelektual dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Ziarah Cakna Siri 4/2024

Image
Ziarah kali ini ke Hospital Cyberjaya melawat Muhammad Shyazwan Eikhmal Bin Mohd Sharul Hizam (6 Unix). Murid mengalami kecederaan patah tangan dan pembedahan untuk memasukkan dawai akan dilakukan dalam masa terdekat. Semoga Shyazwan Eikhmal kembali sihat dan dapat ke sekolah seperti biasa. Sedikit sumbangan daripada pihak sekolah telah disampaikan oleh En Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar) kepada ibu murid iaitu Puan Nor Efrah bin Abdul Samad.  Hadir bersama dalam ziarah ini ialah Tuan Hj Tarmiji bin Sabali & Puan Safinatunajakh binti Mat Som (Guru Kelas).

Ziarah Cakna Siri 6/2024

Image
Siri kali (10/10/24) ini menziarahi murid luar dari Putra Perdana iaitu di Puchong Utama. Murid baru sahaja berpindah dari Apartmen Teratai ke Pangsapuri Sri Utama. Hadir bersama dalam siri ziarah kali ini ialah : 1. Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM) 2. Pn Nor Arzah binti Hussin (GBKSM) 3. En Daeng Mohd Fikhri bin Eyuki (GBKSM) 4. Pn Rozimah binti Yaakob (GBKSM) 5. Cik Nuruhuda Amirah binti Mohd Rafi (GBKSM) 6. En Muhd Fakhrul hafiz bin Awang (Guru Kelas Citrine) 7. Tuan Hj Khairul azhar bin Muhammad Suffian (JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Sepang) Penyerahan sumbangan buat Nur Maysarah Adliana binti Mohd Solehin diharapkan dapat meringan beban Maysarah sekeluarga. Semoga Maysarah kembali sihat.

Ziarah Cakna Siri 5/2024

Image
Ziarah Cakna Siri ke-4 ke rumah murid yang cedera semasa latihan rugbi. Murid mengalami keceraan patah tangan dan kini semakin pulih. Semoga Nik Aliff Firdaus bin Nik Shaiful Amran (4 Kasawari) segera sembuh dan kembali semula ke sekolah. Rumah kedua di Nusa Putra melawat Puteri Aira Adrena Haseena binti Mohammad Zaraies (1 Argentina) & Mohammad Adam Haris bin Mohd Zaraies (6 Android) Hadir bersama dalam lawatan kali ini ialah: 1. Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM) 2. Puan nor Arzah binti Hussin (GBKSM) 3. Daeng Mohd Fikhri bin Eyuki (GBKSM) 4. Ustazah Nurzainon binti Mohd Razalli (Guru Kelas 4 Kasawari) 5. Puan Norliza binti Ali (Guru Kelas 6 Android) 6. Ustazah Fadilah binti Talib (Guru Kelas 1 Argentina) Pihak sekolah juga ada menyerahkan sedikit sumbanagan buat keluarga Nik Aliff Firdaus bagi mengurangkan beban dalam menjalankan rawatan Nik Aliff. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu Nik aliff sekeluarga. Buat keluarga Mohammad Adam Haris dan Puteri Aira Adrena semoga dipermud