Posts

Showing posts from 2026

Aktiviti Mentor Mentee (Siri 2/2026)

Image
  Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui program ini diharapkan murid dapat; 1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-                    menghormati antara mentor dan mentee. 2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama...

Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang

Image
  Tarikh     : 19 Januari 2026 (Isnin) Masa        : 7.30 pagi (sesi pagi) & 1.00 petang (sesi petang) Tempat    : Dataran Perhimpunan/ Dewan Perdana, SKTPP Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang ini adalah bertujuan untuk menyebar luas dan membugarkan pelaksanaan aktiviti program guru penyayang tahun 2026 kepada semua murid dan guru di SK Taman Putra Perdana (SKTPP) serta meningkatkan keprihatinan guru terhada keperluan murid dan menunjukkan sikap penyayang dalam usaha membentuk dan mendidik murid-murid dari segi sahsiah dan akademik. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung Buku Program Ucapan aluan pengerusi majlis, Pn Nor Arzah dan  Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SKTPP Gimik peluncuran (sesi pagi) Taklimat program oleh Cikgu Daeng dan AJK Guru Penyayang Sesi pagi Ucapan aluan majlis oleh Cikgu Nurulhuda Amirah Ucapan perasmian di sesi petang oleh En. Mohd Zaini bin Yas, GP...

Program Santun Madani Penyayang Tahun 2026

Image
  Program Santun Madani Penyayang (SPM) merupakan satu program wajib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang perlu diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan di semua sekolah-sekolah di bawah kelolaan KPM. Tarikh      : 12 hingga 16 Januari 2026 (Isnin - Jumaat) Masa      : 7.30 pagi -12.50 tengah hari (Sesi pagi)                : 1.00 tengah hari - 6.20 petang (Sesi petang) Tempat    : Bilik Darjah/ Dewan Perdana/ Dataran Perhimpunan Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 2,3,4,5,6 dan Pra Sekolah Ojektif program ini diadakan adalah untuk : 1) Menyemarakkan semula keinginan dan semangat untuk belajar dalam diri murid-murid setelah bercuti. 2) Sebagai medium awal dalam mengukuhkan hubungan guru dan murid. 3) Memupuk nilai kasih sayang, empati dan kesejahteraan dalam ekosistem sekolah selari dengan semangat madani. Poster Selamat Kembali Ke Sekolah              ...

Program Bicara Profesional "Kehadiran Cerminan Kecemerlangan"

Image
  Program Bicara Profesional ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa/ penjaga tentang kepentingan kehadiran anak-anak ke sekolah secara konsisten. Statistik menunjukkan bahawa kehadiran murid yang tidak memberangsangkan memberi impak negatif terhadap pencapaian akademik dan sahsiah mereka, Oleh itu, kerjasama dan keprihatinan ibu bapa / penjaga amat penting dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari.  Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan  jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa penjaga dalam usaha menangani isu ketidakhadiran murid. Melalui penglibatan aktif ibu bapa/ penjaga, program ini diharap dapat menyokong pembentukan sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid melalui pemantauan, sokongan moral dan dorongan berterusan dari rumah. Disamping itu, program ini turut dimanfaatkan sebagai ruang untuk pihak sekolah menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan lebih berinformasi dan bermakna kepada ib...