Posts

Showing posts from May, 2021

Selamat Bercuti..

Image
Selamat bercuti buat anak-anak murid tersayang... Cuti sekolah bukan bermakna cuti untuk belajar dan berehat sepenuhnya. Setiap hari adalah hari terbaik untuk belajar. Manfaatkan cuti ini dengan perkara yang berfaedah!!                                                #staysafe

Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021

Image
Alhamdulillah, pada hari ini seawal jam 8.00 pagi telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021 sebagaimana butiran berikut: Tarikh : 28 Mei 2021 Hari : Jumaat Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Pendaftaran : Bermula 8.00 pagi Penglibatan : 500 orang murid dari seluruh negeri di Malaysia (10 orang PRS dari SKTPP) Tempat : Dalam Talian Aplikasi Zoom Anjuran dan Kolaborasi : UBK SK Taman Bukit Maluri bersama MGKKL, UBK seluruh Malaysia dan MotivatorOhsem Senarai nama peserta dari SK Taman Putra Perdana: 1. Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khairul Azam, 6 Jujur 2. Shafiqah Amirah binti Mohd Shahril, 6 Jujur 3. Ain Nur Aisyah binti Idris, 6 Harmoni 4. Muhammad Hafidh Husna bin Mohd Nasir, 6 Harmoni 5. Alya Nurfarzana binti Azuar Affendi, 6 Gigih 6. Nur Alya Dania binti Ikhwan, 6 Gigih 7. Alin Nazurah binti Azlee Hisyam, 6 Fokus 8. Muhammad Fadlullah bin Mohd Rasulzuli, 6 Fokus 9. Athira Natasya Zahara binti Abdullah, 6 De

Jom kongsi : Gandakan Perlindungan

Image
Salam Sayang💓💓💓 Salam Kita Jaga Kita.  Semua mesti tahu kes Covid-19 semakin meningkat dan kes kematian mencecah lebih 50 orang sehari....... Sungguh menggerunkan. Apa yang patut kita buat dengan VARIAN baru yang semakin mengganas ini? Tidak lain tidak bukan, apa yang kita sering dan kerap perkatakan iaitu menjaga SOP dan kekal di rumah jika tiada keperluan di luar. Apa itu varian cikgu?? Mari cikgu terangkan di sini.. Varian ialah sesuatu yang menyimpang atau berlainan dari kelaziman atau keadaan asal. Varian Covid-19 yang baru ini adalah upgrade version virus Covid-19 yang sedia ada yang mana ianya; Lebih mudah dan cepat merebak Tiada gejala atau simptom Sukar dikesan kes di mana hasil ujian adalah negatif namun sebenarnya virus Covid-19 telah berada di dalam tubuh namun tidak dapat dikesan. Gandakan perlindungan daripada  varian baru ini dengan amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask). Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di at

Jom Kongsi : Sahsiah Diri

Image
Ramai murid kini sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan SAHSIAH. Walaubagaimanapun, masih ada yang terpinga-pinga bila disebut tentang sahsiah tetapi faham tentang apa yang dimaksudkan dengan akhlak. Sahsiah atau personaliti yang mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi. Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Ini bererti setiap individu ada cara tersendiri untuk bertindak melakukan perbuatan samada baik atau tidak baik. Manakala dalam perspektif islam sahsiah lebih dikenali sebagai akhlak. Sahsiah atau akhlak boleh dikategori sebagai dua iaitu baik dan tidak baik. Contoh sahsiah yang baik dalam persekitaran murid-murid ialah menghormati guru, membantu ibu bapa di rumah dan bercakap sopan dengan kawan. Manakala sahsiah yang tidak baik pula ialah melawan cakap guru & ibu bapa serta bergaduh dengan kawan.  Jom kita buat  checklist diri.... Adakah kita masih mengulangi perbuatan di atas? Cikgu percaya bahawa murid-murid di SKTP

Mesyuarat Agung Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Selangor Kali Ke-7

Image
Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung MGKK Selangor Kali Ke-7. Salah seorang GBKSM, SKTPP telah terlibat sebagai wakil delegasi  untuk Daerah Sepang. Mesyuarat Agung ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform google meet bermula jam 9.00 pagi hingga 1.10 petang. Mesyuarat Agung ini telah direalisasikan agendanya oleh AJK MGGK Selangor sesi 2019/2021 dengan kerjasama JPN, Selangor. Mesyuarat ini  telah disertai oleh hampir 200 orang perwakilan dari 10 daerah di negeri Selangor. Setiap daerah diberi kuota 20 orang sebagai delegasi perwakilan daerah. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Tuan Azmi bin Misron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Selangor. Jom.... kita saksikan gambar-gambar yang berkaitan Mesyuarat Agung MGKK Selangor kali ke-7.. Buku program Mesyuarat Agung MGKK Selangor Kali Ke-7 Cikgu Rozimah selaku salah seorang delegasi perwakilan daerah Sepang Barisan calon dan jawatan yang dipertandingkan Saat debaran mengundi secara atas tal

Program Perkongsian Profesional Kaunselor Pendidikan KPM: Proshare - Self Care

Image
Alhamdulillah, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dijemput mengikuti program yang sangat menarik, dapat mengimbas kembali ilmu dalam bidang kaunseling serta perkongsian pengalaman yang sangat hebat. Program Perkongsian Profesional Kaunselor Pendidikan KPM: Proshare - Self Care ini dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) yang dilaksanakan selama dua hari seperti butiran berikut: Tarikh: 24 hingga 25 Mei 2021 Hari: Isnin hingga Selasa Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Platform: Cisco Webex Speaker 1: Encik Hamdan Zainal Afuad, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Kaunseling dan Pengurusan Pendidikan IPGK Temenggong Ibrahim Pembentang 1: Puan Salihah binti Yusoff, Kaunselor Pendidikan Negeri, JPWP Putrajaya Pembentang 2: Puan Noor Azian binti Abd vHani, Kaunselor Pendidikan Negeri, JPN Negeri Sembilan Pembentang 3: Puan Juhaida binti Mohamad Said, Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Kulai, Johor Pembentang 4: Puan Mazliza binti Ismail, Kaunselor Pendidikan daerah, PPD