Posts

Showing posts from April, 2022

Program Mentor Mentee Kali Pertama Sesi 2022/2023

Image
  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita kembali lagi melaksanakan Program Mentor Mentee bagi sesi 2022/2023. Seperti tahun sebelum ini, pelaksanaannya  berpandukan Modul Mentor Mentee yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini melibatkan semua murid termasuk murid Pra Sekolah. Pengenalan: Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program Mentor Mnetee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing mente...