Posts

Showing posts from September, 2023

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dalam Talian

Image
Pada hari ini seramai seratus orang murid SK Taman Putra Perdana telah bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik secara dalam talian. Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan memberi kesedaran dan bimbingan kepada anak-anak dalam kalangan murid-murid sekolah tentang bahayanya gejala buli dan cara menghindarinya.  Hasrat KPM ialah menjadikan murid-murid sentiasa mengamalkan dan menunjukkan perkara yang baik-baik bersama rakan-rakan, menjadi suri teladan kepada rakan-rakan, mampu mengajak rakan hindari perkara berkaitan buli dan gangguan seksual. Oleh itu, murid-murid diminta bersikap positif, tingkatkan jati diri yang unggul, teguhkan daya tahan diri serta kuatkan benteng agama dan nilai moral untuk menjadi Anak Yang Baik Lagi Cerdik.  Maklumat berkaitan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dala

Program Ziarah Cakna Siri Ketiga Tahun 2023

Image
Program Ziarah Cakna diteruskan lagi secara rasminya pada hari ini di rumah salah seorang murid SK Taman Putra Perdana. Kunjungan ke rumah murid pada kali ini dihadiri oleh Puan Guru Besar, YDP PIBG, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Kelas, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin. Semoga perbincangan semasa aktivi Ziarah Cakna dapat diambil peduli oleh ibu bapa, guru-guru dan yang penting sekali ialah murid sendiri.  Bergambar kenangan bersama ibu dan murid terlibat

Kursus Asas Komunikasi & Kesedaran Kendiri 2023

Image
Syukur, selesai sudah satu lagi komponen pemantapan dalam penilaian PRS Tahap Bongsu. Kursus ini telah dijalankan pada 19 September 2023 (Selasa). Pada tahun ini GBKSM sebagai guru penasihat PRS sendiri yang menyampaikan pembentangan mengenai kursus tersebut sebagai salah satu cara untuk lebih mendekati anak-anak PRS. Umum mengetahui, asas komunikasi & kesedaran kendiri ini sinonim dengan PRS kerana berlatar belakangkan komunikasi yang baik dan kesedaran kendiri yang positif, pastinya akan melahirkan PRS yang hebat dan mantap dalam menjalankan tugas. Sepanjang kursus ini dijalankan, tertarik dengan konsep kendiri yang positif oleh anak-anak PRS yang berlakon dan menyanyi secara sukarela di hadapan. Walaupun nampak simple tapi sangat memberi kesan kepada lahirnya konsep kendiri yang positif dalam diri PRS.  Semoga kursus ini mampu membantu anak-anak PRS dalam membantu diri dan rakan lain sesuai dengan tagline PRS bantu diri agar berupaya membantu orang lain. Momen sepanjang program

Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) Tahun 2023

Image
Tarikh: 12 September 2023 Hari: Selasa Masa:  Sesi Pagi: 9.00 pagi - 12.50 tengah hari Sesi Petang: 2.00 petang - 6.20 petang Tempat: Terminal Muafakat SK Taman Putra Perdana Sasaran: Ahli Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan murid-murid yang dipilih secara rawak Anjuran bersama: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Jawatankuasa Unit HEM PPKI dan Kelab Pencegahan Jenayah Penceramah Jemputan: 1) Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, mantan YDP PIBG SKTPP 2) Tuan Kamalaffandi bin Hashim, Fasilitator dan Penganalisa Jenayah di Malaysia 3) Puan Norafiza binti Mohamed Noor, Kaunselor Berdaftar SMK TTDI Jaya Pautan Buku Program:  https://anyflip.com/bdxnv/zzph/ Lagi laporan Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini. Sekian, terima kasih.

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) Bulan Ogos 2023

Image
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S diteruskan lagi pada hari ini bagi Bulan Ogos 2023. Murid-murid kerap diingatkan agar sentiasa melaksanakan amalan terbaik iaitu 3S (Senyum, Salam, Sapa). Tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bagi bulan Ogos 2023.  Berikut adalah senarai nama pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bulan Ogos 2023:  Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung: Sesi Pagi: Tahniah, anda dinobatkan pemenang Murid Contoh 3S bulan Ogos Bergambar kenangan bersama pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bulan Ogos  Sesi Petang: Tahniah, teruskan nilai baik Amalan 3S  Bergambar kenangan bersama pemenag Anugerah Murid Contoh 3S bulan Ogos