Posts

Showing posts from 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari Hinggan Jun 2025

Image
  Sambutan hari lahir merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk menghargai dan meraikan hari istimewa setiap murid di sekolah. Ia bertujuan untuk membina semangat kebersamaan dan menjadikan murid berasa dihargai dan disayangi. Aktiviti ini juga dapat menyemai nilai murni seperti kasih sayang, saling menghormati dan kegembiraan dalam kalangan murid. Pada 7 Julai 2025 (Isnin), SKTPP sepakat untuk mengadakan sambutan hari lahir murid kali pertama untuk tahun ini. Sambutan dilaksanakan dalam suasana sederhana tapi meriah. Terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi berkongsi rezeki dengan murid-murid di SKTPP.

Ziarah Cakna Siri 1 & 2 Tahun 2025

Image
P rogram Ziarah cakna merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar. Dalam konteks sekolah, Program Ziarah Cakna merupakan satu inisiatif sekolah dengan kerjasama PIBG untuk mempererat hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga. Selain mengenal pasti isu-isu yang mempengaruhi kesejahteraan dan kehadiran murid. Melalui pendekatan turun padang, guru bersama pentadbir serta jawatankuasa terlibat akan menziarahi rumah murid-murid yang memerlukan perhatian terutamanya yang mempunyai masalah kehadiran, potensi akademik rendah atau latar belakang keluarga yang mencabar. Program ini bukan sahaja menyampaikan mesej keprihatinan sekolah, malah menjadi platform untuk menyelami realiti kehidupan murid serta mencari jalan penyelesaian secara bersama sokongan komuni...

PROGRAM GURU PENYAYANG : Sambutan Hari Raya Aidilfiti 2025

Image
Salam Aidilfitri.. Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua. Buku Program Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP. lagi persembahan boleh ditonton di sini link 1  dan link 2 Semoga sambutan sebegini memberi seribu makna buat murid-murid SKTPP. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kep...

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025

Image
Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan. Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025 Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan : Taklimat ringkas PPsi kepada semua murid Tahun 5 pada 11 April 2025                               ...

Aktiviti Guru Penyayang : Menyambut Kehadiran Murid Bulan November & Disember 2024 dan Januari 2025

Image
Bulan terakhir, AJK Guru Penyayang bersama guru bertugas masih kekal di pintu pagar menyambut kehadiran murid sesi pagi dan petang. Sapa dan senyum berbalas-balas antara murid dan guru. Amalan 3S kini lekat di hati murid-murid SKTPP. Berikut, gambar kenangan sepanjang 3 bulan terakhir sesi 2024/25                                                        ..........Selamat Bercuti.......