Posts

Program Alam Menengah Tahun 2023

Image
Pada penghujung bulan Januari Tahun 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Guru Tahun 6 telah menganjurkan satu program khas buat semua murid Tahun 6 iaitu Program Alam Menengah. Proram Alam Menengah ini telah bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Para peserta sangat bertuah kerana didatangi dua orang penceramah yang pakar dalam memberikan ceramah 'Alam Menengah' iaitu Puan Hasliza Hassan dan Puan Siti Juliana Mohamed. Kedua-dua orang penceramah ini merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Putra Perdana.  Maklumat berkaitan program: Tarikh: 31 Januari 2023 Hari: Selasa Masa : 7.45 pagi hingga 10.00 pagi Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana Sasaran: Semua murid Tahun 6 berjumlah 309 orang Objektif program: 1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan situasi sekolah menengah. 2. Memberi motivasi dan inspi...

Lawatan Penanda Arasan Pertama Ke Bilik Bimbingan & Kaunseling Tahun 2023

Image
Seramai 56 orang warga SK Jugra, Banting telah hadir melawat bilik-bilik khas di SK Taman Putra Perdana. Bilik Bimbingan & Kaunseling antara yang tersenarai untuk dikunjungi. Sepanjang lawatan tersebut, kami GBKSM antara kedua-dua sekolah bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai pengurusan perkhidmatan bimbingan & kaunseling. Terima kasih kerana sudi melawat kami di sini😍 Berkongsi idea bersama Pn Roaizah bt Moin (PK HEM) dan Guru Bimbingan & Kaunseling SK Jugra  Perkongsian tentang aktiviti kaunseling Bergambar kenangan bersama JK Kerja Unit HEM                         Lagi maklumat lawatan penanda arasan SK Jugra di dalam Blog SKTPP

Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang 2023

Image
Pada hari ini, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling, semua murid Tahun 5, murid Tahun 6 serta ibu bapa telah dijemput menyertai Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang yang dilaksanakan di platform Youtube Live. Program ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bagi membantu perkembangan murid dengan lebih aktif dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah dan minda.  Maklumat program seperti butiran berikut: Tarikh : 14 Januari 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi Platform, Youtube Live :  https://youtu.be/LoDpEx5npbE Objektif:   1) Murid dapat membantu dan mengawal emosi yang dihadapi 2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi 3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan masing-masing.  Buku Program :  https://anyflip.com/zqoml/bklv/ Slaid Taklimat Program Minda Sihat :...

Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022/23

Image
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana selesai sudah pelaksanaan Majlis Apresiasi untuk PRS tahun ini. Dijalankan secara sederhana namun diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman ahli PRS juga murid-murid yang lain dalam membentuk kecemerlangan pada masa akan datang. Seramai 73 orang PRS telah diraikan pada hari ini. Ditonton oleh semua warga SKTPP. Tahniah buat 3 orang PRS yang berjaya mendapatkan PRS Tahap Bongsu pada tahun ini. Kerja keras dan komitmen kalian amat cikgu hargai. Jumlah tidak penting, tetapi kualiti seseorang yang dinobatkan itu adalah lebih penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai PRS. Berikut momen yang dirakam sepanjang majlis dijalankan. Dijalankan pada ke dua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan majlis sila klik  Buku Program.                                          ...