Program Sinergi Mega (Hari Kedua)
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-2 Program Sinergi Mega berlangsung. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menambahkan rasa seronok dan gembira anak-anak murid untuk hadir ke sekolah. Aktiviti yang dirancang dalam Program Sinergi Mega ini adalah sama bagi sesi pagi, sesi petang, PPKI dan Prasekolah. Antara aktiviti yang dirancang pada hari ked ua adalah seperti Ceramah Sinergi Mega, Permainan Minda, Sorak dan Tari serta permainan Sukan Rakyat. Penerangan Aktiviti hari ke-2 Ceramah Sinergi Mega Ceramah pada sesi pagi disampaikan oleh Encik Mohamad Samri bin Othman. Sedikit maklumat mengenai Encik Mohamad Samiri. Beliau berasal daripada Gemas, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Syariah Undang-Undang, Universiti Malaya dan berpengalaman mengendalikan ceramah dan kem motivasi pembinaan diri selama 10 tahun. Ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak memberi semangat kepada murid-murid bagi menempuh cabaran pada masa ...