Posts

Aktiviti Guru Penyayang -Mengalu-alukan Kehadiran Murid Mac-April 2024

Image
Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2024/25 dan ianya telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah. Berikut waktu aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid dijalankan mengikut sesi: Sesi pagi : 7.00-7.30 pagi Sesi petang : 12.30 -1.00 tengah hari Sekumpulan AJK Guru Penyayang telah ditugaskan di setiap pagar dan dibantu oleh guru bertugas pada minggu itu. Ucapan-ucapan positif yang dialunkan oleh guru-guru di pintu pagar menjadikan murid lebih bersemangat melangkah masuk ke sekolah. Semoga aktiviti ini mampu memberi impak yang positif buat anak-anak SKTPP. Tahniah & terima kasih buat semua AJK Guru Penyayang sesi ini!! Rangkuman gambar-gambar mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi & petang

Ziarah Cakna Siri 1/2024

Image
Mengambil peluang pada petang ini untuk menziarahi seorang murid kita yang telah kembali kepada Maha pencipta iaitu Nur Batrisyia binti Ahmat Sayuti (5 Zircon). Seorang murid yang baik dan cemerlang, namun Allah lebih sayangkannya. Hadir Bersama 1. Datin Noraizah binti Dun (PK HEM) 2. Puan Rohaya binti Rusdi (PK Petang) 3. Puan Juli binti Mahbah (GBKSM) 4. Puan Nor Arzah binti Hussin (GBKSM) 5. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad (Guru Kelas) 6. Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji (Guru Perpustakaan & Media) 7. Cik Roslinda binti Mansor 8. Puan Latipah binti Che Yusof Semoga ibu bapa dan ahli keluarga arwah redha dengan ujian ini. Tangisan rakan-rakan sekelas membuat cikgu-cikgu sebak. Damailah kamu di sana Batrisyia... Penyerahan sumbangan buat keluarga arwah

Program Sinergi Mega (Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025)

Image
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi 2024/2025 yang bermula pada 11 Mac 2024 sehingga 15 Mac 2024. Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu. Pendekatan ABC iaitu Anak Baik Lagi Cerdik perlu diutamakan. Pada permulaan sesi persekolahan kali ini iaitu pada hari kedua persekolahan (12 Mac) merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Seperti tahun lepas, pada minggu pertama persekolahan di SK Taman Putra Perdana (SKTPP), Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), semua Panitia Pelajaran, Unit Program Khas Integrasi (PPKI) dan Pra Sekolah telah menganjurkan program minggu pertama persekolahan yang diberi nama 'Program Sinergi Mega'. Kepada semua murid yang disayangi, warga SKTPP m...

Program Mentor Mentee Siri 4 (Siri Terakhir Sesi 2023/2024) - Jom Anti Buli

Image
Pada hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan Program Mentor Mentee Kali Terakhir Sesi 2023/2024. Bagi melihat Aktiviti / Program Mentor Mentee Sesi 2023/2024 yang telah dilaksanakan sebelum ini, boleh klik pada nama program berikut:  1.  Aktiviti Simbolik Penyerahan Fail Mentor Mentee semasa Pelancaran Program Guru Penyayang 2023 : 3 April 2023 2.  Program Mentor Mentee Siri 1/2023 : 8 Mei 2023 3.  Program Mentor Mentee Siri 2/2023 : 12 Mei 2023 5.  Program Mentor Mentee Siri 3/2023  : 27 Jun 2023 6. Program Mentor Mentee Siri 4 (Siri Terakhir Sesi 2023/2024) : 26 januari 2024 Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 4 (Siri Terakhir Sesi 2023/2024): Tarikh: 26 Januari 2024 Hari: Jumaat Masa:  Sesi Pagi: 8.00 pagi hingga 8.30 pagi Sesi Petang: 2.30 petang hingga 3.00 petang Tempat: Kelas Sasaran: Semua murid termasuk murid Prasekolah Bahan dan Modul: Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamk...