Posts

Showing posts from June, 2021

Musyawarah Dalam Talian Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP Bil 2/2021

Image
Alhamdulillah, perjumpaan dan musyawarah GBK pada kali ini diadakan untuk berbincang mengenai dapatan nama murid yang tidak sertai PdPR, murid yang belum menduduki ujian aptitud serta aktiviti PRS. 

JOM KONGSI : Amalan Baik Di Rumah

Image
Assalamualaikum, Salam Ceria😃😃😃 Salam Bahagia dan Salam Inspirasi untuk semua warga dan anak-anak di SKTPP. Semoga kita semua sentiasa dalam lidungan dan rahmat Allah selalu. Untuk Jom Kongsi dari UBK SKTPP kali ini, cikgu nak kongsikan tentang Amalan Baik Di Rumah. Jom kita amalkan amalan baik ini sepanjang berada di rumah. Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu anak- anak membentuk sikap dan disiplin diri yang positif.     Sila klik video 👇 untuk mengikuti perkongsian yang cikgu sediakan💓💓💓 #staysafe #kiaskukenaldiriku #jpnselangor #bpshkpm

Taklimat Dapatan Minda Sihat Dalam Sistem e-Perkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM)

Image
Tarikh: 29 Jun 2021 Hari: Selasa Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam Pelantar: Google Meet Sasaran: Jurulatih Utama SePKM Negeri Selangor Kehadiran GBKSM secara dalam talian Google Meet En Mohd Ezuari bin Ahmad, Penolong Pengarah Unit HEM JPN Selangor En Khairul Azwar bin Ismail, JU SePKM Negeri Selangor

Penataran perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Bil 2/2021

Image
LIVE YOUTUBE : PENATARAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI SELANGOR BIL 2/2021 🗓️ Tarikh   : 28 JUN 2021 (ISNIN) 🕡 Masa    : 10:00 pagi 🏢 Tempat : YouTube Official KPP HEM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR 👥 Sasaran : Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Selangor 💻  Link     : https://www.youtube.com/watch?v=hySWZpMI_aU #kiaskukenaldiriku #jpnselangor #bpshkpm #kpm

Sembang Santai : Kesan Cicir PdPR

Image
Assalamualaikum... Salam inspirasi buat semua murid-murid SKTPP tersayang💓💓💓 Hari ini, hari Isnin...... hari pertama dalam minggu ini. Cikgu harap murid-murid bangun pada pagi ini dengan membawa semangat baru yang jelas agar wujudnya satu  vibe  yang dinamakan  positive vibes ! Sembang santai hari ini, cikgu nak murid-murid lebih faham tentang kesan jika kita cicir (tertinggal) PdPR. Tajuk ini sangat penting dan cikgu harap ianya memberi satu perubahan dan kesan mendalam kepada diri murid-murid dalam meneruskan realiti PdPR. Semoga perkongsian ini bermanfaat!   #staysafe #kiaskukenaldiriku #jpnselangor #bpshkpm #kpm

Kesedaran Kendiri

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😍. Semoga semua anak didik SK Taman Putra Perdana terus bersemangat untuk belajar Perkongsian Unit Bimbingan dan Kaunseling pada hari ini ialah Kesedaran Kendiri. Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Jom tonton video yang cikgu sertakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesedaran Kendiri. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video Kesedaran Kendiri Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada semua dan bermanfaat. Terima kasih. #kiaskukenaldiriku #emositerjagakehidupansejahtera  #stayathome #staysafe #staypositive

JOM KONGSI : Tangani Stres Dengan 10B

Image
Assalamualaikum, selamat pagi... salam Ceria😃😃😃 Salam Inspirasi untuk semua warga SKTPP. Semoga semuanya sentiasa sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta...💕💕💕. TAHUKAH ANDA ??? Kajian psikologi mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara langsung telah menimbulkan kesan emosi negatif terhadap individu. Justeru itu, setiap individu perlu mengambil langkah positif untuk mengekalkan kestabilan emosi dalam melalui fasa kehidupan norma baharu ini. Aspek penyesuaian diri memainkan peranan penting dalam menentukan kefungsiaan mental serta tingkah laku seseorang untuk menjaga kestabilan emosi bagi menjalani perubahan dalam aktiviti harian.  Terdapat beberapa teknik psikologi yang dapat mambantu dalam mengatasi tekanan emosi individu serta mengekalkan kestabilan emosi. Bagi membantu warga SKTPP menangani isu tekanan ini, JOM... kami di UBK SKTPP kongsikan cara-cara Tangani Stres Dengan 10B. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba....💖 #Sta

Sembang Santai : POSITIF

Image
Assalamualaikum, salam sayang & salam inspirasi untuk semua murid SKTPP yang sentiasa dalam ingatan cikgu. Kita telah pun masuk minggu kedua PdPR selepas cuti penggal baru-baru ini. Cikgu harapkan kamu semua sentiasa sihat dan bersemangat untuk jalani kehidupan dalam budaya yang baru ini.  Jom sembang-sembang santai bersama cikgu... Walaupun ianya satu hala tetapi kamu semua boleh jadikan dua hala dengan menghubungi cikgu dan rakan GBKSM yang lain untuk mendapatkan lebih banyak tips yang diperlukan.. Ingat, kamu tidak keseorangan💓💓💓 Jangan lupa ya murid-murid, wajah kami bertiga ni👆 Sentiasa bersedia membantu kamu💝 #staysafe #staypositive

Kata-kata Motivasi Inspirasi Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi khas buat semua anak didik serta warga SK Taman Putra Perdana. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin kongsikan kata-kata motivasi inspirasi diri. Semoga kata-kata motivasi yang dikongsikan ini akan menaikkan lagi semangat kita semua untuk meneruskan aktiviti seharian. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi orang yang berjaya dan bukan orang yang malas berusaha. 

Tips Atasi Sikap Malas Belajar

Image
Salam Inspirasi untuk semua Warga SKTPP💓💓 Selamat menjalani PdPR dengan penuh semangat dan ceria😃😃.  Buang rasa nak bermalas-malasan itu... Sebagai manusia biasa, pastinya kita semua tak dapat lari daripada perasaan MALAS terutama ketika hendak belajar. Namun untuk mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan, kita perlu berusaha menghindari sifat ini.  JOM... hari ni UBK SKTPP ingin kongsikan 10 tips Bagaimana Untuk Atasi Sikap Malas Belajar  #staysafe #staypositive

Musyawarah Dalam Talian Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP Bi.1/2021

Image
Pada hari ini semua Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana bersepakat mengadakan musyawarah secara dalam talian mengenai tugasan sepanjang BDR (Bekerja Dari Rumah) yang bermula 14 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021. Semoga musyawarah ini dapat melancarkan lagi tugas kami sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.  #staysafe #stayathome

Peranan Ibu Bapa & Murid Sepanjang PdPR

Image
Salam inspirasi untuk semua💓 Seperti dalam sidang media khas oleh Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan) yang lalu, semua sekolah di Malaysia akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula 14 Jun sehingga 17 Julai 2021 selama 25 hari persekolahan. Oleh itu cikgu harap semua murid dan ibu bapa bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Di sini cikgu kongsikan panduan peranan buat ibu bapa dan murid sepanjang sesi PdPR dijalankan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Selamat menjalani PdPR dan semoga terus bersemangat dalam menuntut ilmu untuk semua murid-murid SKTPP! Selamat Kembali PdPR #staysafe #staypositive #stayhealthy

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan Jun 2021

Image