Monday 19 August 2024

Aktiviti Mentor Mentee (Siri 2) 2024/2025

 Hari ini aktiviti mentor mentee siri 2 bagi tahun 2024/2025 telah berjaya dijalankan mengikut perancangan. Program mentor mentee pada kali kedua ini diharapkan dapat membantu murid-murid berinteraksi dengan lebih baik bersama mentor masing-masing dan dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Berikut adalah maklumat aktiviti Mentor Mentee Siri 2 bagi tahun 2024/2025

Masa        : 7.30 hingga 8.00 pagi (Sesi pagi) / 1.00 hingga 1.30 petang (sesi petang)

Tempat     : Kelas masing-masing

Sasaran    : Semua murid SKTPP

Tajuk Modul Tahap 1 : Adab Berkawan

Objektif pada akhir aktiviti, mentee dapat :

1. Mengetahui adab-adab berkawan dengan betul.

2. Mengetahui kepentingan mempunyai kawan.


Tajuk Modul Tahap 2 : My Live Is My Choice

Objektif pada akhir aktiviti , mentee dapat :

1. Membuat pilihan yang boleh mengubah kehidupan masa akan datang.

2. Membentuk peribadi yang mampu menjadi suri teladan.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan

Gambar-gambar di sesi pagi

















Gambar-gambar aktiviti di sesi petang











Ziarah Cakna Siri 3/2024

Ziarah Cakna kali ini ke Anggerik Apartment menziarahi 3 orang murid SKTPP iaitu :

1. An Nisaa Qistina binti Mohd Helmi (6 Andoid)

2. An Nashr Ass Saff bin Mohd Helmi (4 Camar)

3. An Nisaa Uljannah binti Mohd Helmi (2 Crepe)


Hadir Bersama :

1. Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM)

2. Pn Nor Arzah binti Hussin (GBKSM)

3. Pn Norliza binti Ali (Guru Kelas Android)

4. Pn Nurliza binti Ab Rahman (Guru Kelas Camar)

5. Pn Nur Syamila binti Muhamad Ishak (AJK PIBG)

6. Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (SU Pasukan Kebajikan kanak-Kanak Sepang)






Sunday 18 August 2024

Slot 2 Minit Bersama Duta Sahsiah Anda

                                      

Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual dijalankan mengikut perancangan. Bermula Ogos, Duta Sahsiah telah memulakan penyampaian slot 2 minit mereka selepas waktu rehat.

Alhamdulillah, penyampaian slot 2 minit mendapat perhatian rakan-rakan yang lain dan semoga apa yang disampaikan akan memberi impak kepada tingkah laku murid-murid SKTPP. 

Slot 2 Minit bersama Khairul Izzat Fahmi bin Khairul Anwar (6 Unix)

Slot 2 Minit bersama Rumaysa binti Mohd Rizal (5 Zircon)

Slot 2 Minit bersama Azwa Safrina binti Mohd Safuan (4 Tempua)



Monday 12 August 2024

Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

 



Hari ini berlangsungnya Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sesi pagi dan petang bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar). 

Taklimat ringkas berkaitan SSDM telah disampaikan oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali (Guru Disiplin sesi pagi) dan Encik Mohd Roswandy bin W.Ibrahim (Guru Disiplin sesi petang). Dalam penyampaian taklimat itu, Guru Disiplin memaklumkan tentang Amalan Baik dan Salah Laku yang akan direkod oleh guru-guru. Beliau juga mengingatkan agar murid-murid sentiasa mengamalkan sifat-sifat positif bagi membolehkan guru-guru merekod amalan baik ini. 

Konsep amalan baik merupakan makanisme yang diperkenalkan dalam sistem ini untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sebagai proses pembagunan sahsiah diri. Murid dipupuk mengamalkan nilai-nilai murni sebagai amalan harian mereka supaya sebati dalam diri dan menjadi amalan walaupun selepas alam persekolahan. Semoga dengan pembugaran ini mampu melonjakkan amalan baik sehingga tahap terpuji.

Momen-momen semasa majlis Peluncuran Pembugaran SSDM sesi pagi & petang

Murid-murid sesi pagi bersedia untuk bersama-sama dalam majlis peluncuran pagi ini

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh
pengerusi majlis Pn Nor Arzah binti Hussin


Gimik Peluncuran Pembugaran SSDM disempurnakan oleh Guru Besar dengan diiringi oleh 
barisan pentadbir





Ucapan perasmian oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar)

Taklimat SSDM oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali (Guru Disiplin Sesi Pagi)


Rangkuman momen sepanjang majlis peluncuran sesi pagi





Disediakan oleh,
Arzah Hussin
Rozimah Yaakob

Friday 9 August 2024

Taklimat Kemasukan Sekolah Khusus 2025/26

 


9 OGOS 2024 I JUMAAT I 8.30 PAGI

Hari ini Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada bakal-bakal penghuni Sekolah Berasrama Penuh/SMKA. Enam kelas Tahun 6 dikumpulkan untuk mendengar taklimat kemasukan sekolah khusus sesi 2025/26 pada pagi ini dan ianya diharapkan dapat membantu murid-murid dalam membuat persediaan untuk menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khas (PKSK).

Pada tahun lepas, satu program awal mengenai motivasi dan matlamat ke sekolah khusus telah dijalankan melalui program menyerlah jauh dari biasa. Diharapkan rentetan itu murid-murid Tahun 6 sekarang telah mempunyai matlamat dan bersedia mendapatkan tempat di sekolah khusus.

Semoga berjaya buat anak-anak Tahun Enam sesi 2024/25

Berikut gambar semasa taklimat diadakan :





Thursday 1 August 2024

Pertandingan Madah Intelek Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2024

 Hari ini telah berlangsung Pertandingan Madah Intelek Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk PRS Tahun 4, 5 dan 6 bertempat di VIP Lounge Ujana Ilmu SKTPP. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Program Madah Intelek PRS ini merupakan satu program yang dirancang bagi membantu meningkatkan ketrampilan dan keberanian ahli PRS untuk berucap di khalayak ramai. Ia juga merupakan persediaan untuk mereka lebih berkeyakian untuk menjadi pemimpin tertinggi dikalangan ahli PRS pada tahun hadapan, terutamanya PRS Tahun 5.

Program ini juga diadakan bagi mencungkil bakat PRS dalam bidang pengucapan awam. Ia juga dijadikan salah satu kriteria yang dinilai sebagai syarat untuk mendapat PRS Bongsu. Dengan adanya pertandingan ini juga dapat membantu PRS memahami dan memahami tugas serta peranannya sebagai PRS secara holistik.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertangan ini dijalankan.

Sesi pendaftaran peserta

Peserta-peserta PRS yang terlibat dengan Pertandingan Madah Intelek

Video peserta Tahun 4


AJK Pelaksana yang menjalankan tugas 

Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Pn Azizah binti Mokhlas, GPK Pentadbiran dan Kurikulum 

Video peserta Tahun 5 dan 6




Sesi penyampaian sijil kepada AJK Pelaksana

                                   Sesi bergambar bersama semua pemenang Tahun 4, 5 dan 6