Posts

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2018

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ini Unit Guru Penyayang telah melaksanakan Sambutan Hari Lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari.  Sambutan meraikan hari lahir murid-murid merupakan suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah Objektif: Mengeratkan hubungan murid dengan para guru. Murid merasakan diri mereka lebih dihargai. Murid merasakan diri mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi sekolah. Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari dalam blog SK Taman Purdana di sini . Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis ini dilaksanakan: Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi Sambutan Hari L...

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Unit Guru Penyayang Kali 1/2018

Image
Mesyuarat jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan mesyuarat jawatankuasa Unit Guru Penyayang telah diadakan serentak pada 12 Februari 2018 bermula pukul 12.30 tengah hari. Mesyuarat ini telah diadakan di Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana. Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan Puan Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Seterusnya pembentangan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling oleh Pn Juli binti Mahbah, manakala pembentangan aktiviti Unit Guru Penyayang oleh Pn Rozimah binti Yaakob. Ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang hadir dan memberi idea-idea yang bernas untuk memantapkan lagi aktiviti yang dirancang dan aktiviti yang perlu diadakan demi kemenjadian semua murid. Turut hadir iaitu Pn Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin hasil kerjasama semua..

Kursus Pemimpin Muda

Image
Alhamdulillah syukur.. Hari ini tanggal 25hb Januari 2018 telah berlangsungnya Kursus Pemimpin Muda yang mengumpulkan semua pemimpin daripada SK Taman Putra Perdana. Seramai 229 orang pemimpin sesi pagi dan 131 orang  pemimpin sesi petang telah terlibat dalam kursus pada hari ini. Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu dan Ketua & Penolong ketua Kelas. Sesi Pagi : Pengawas Sekolah - 91 orang Pengawas Ujana Ilmu - 71orang Ketua & Penolong Ketua Kelas - 67 orang Sesi Petang : Pengawas Sekolah - 64 orang Pengawas Ujana Ilmu - 17 orang Ketua & Penolong Ketua Kelas - 50 orang Objektif utama program : Membimbing dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempuny...

Pelancaran Program Guru Penyayang 2018

Image
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2018. Majlis yang berlangsung dalam dua sesi pagi dan petang, kelihatan meriah dan berjalan lancar.  Majlis pada sesi pagi disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali manakala pada sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwan Murid, Pn. Rosmah bt Jamat. Objektif program: q   Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah; q   Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa; dan  q   Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Untuk makluman, antara pengisian yang dirancang dalam Program Guru Penyayang sepanjang tahun 2018, adalah :  q   Mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid; q   Mentor mentee; dan  q   Penghargaan murid (sambutan hari lahir) Berikut adalah rakaman gambar sepanjang program berlan...

Program Maju Diri (PMD)Tahap 2 Tahun 2018

Image
Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di sekolah-sekolah Negeri Selangor. Antara objektif program ini adalah untuk :- *Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. *Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar. *Membentuk matlamat hadir ke sekolah. *Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas. *Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri.  *Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah. Program ini telah berlangsung selama 2 hari  (3 & 4 Januari 2017)  iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi pada hari pertama dan dari pukul 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari kedua.  Aktiviti untuk hari pertama 3 Jan 2018:- * Penerangan aktiviti PMD * Ujian Pra * Ice Breaking * A...