Posts

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2019

Image
Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2019 dapat mengadakan majlis jamuan Akhir Tahun di Bilik Bimbingan dan Kaunseling, SK Taman Putra Perdana. Tahniah diucapkan buat semua PRS 2019. Semua PRS telah memberikan kerjasama yang cemerlang bagi menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa/penjaga PRS yang menyokong dan merestui majlis jamuan ini. Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung: Juadah yang dibawa oleh PRS dan guru-guru Ucapan ringkas oleh Pn Juli binti Mahbah, Guru Penasihat PRS Ucapan oleh Adik Dina Qaisara binti Roshidi, 6 Tabla (Ketua PRS2019) Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP Bacaan doa sebelum makan Aamiin.. PRS 2019 Guru-guru SKTPP Membantu PRS menyusun atur juadah di meja hidangan PRS khusyuk mendengar ucapan daripada guru sebelum jamuan Terima kasih PRS atas jemputan ke jamuan ini Pu...

Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang 2019

Image
Tarikh: 1 November 2019 Hari: Jumaat Masa: 8.30 pagi Tempat: SMK Seri Sepang Pada hari ini semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD) dijemput menghadiri mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang. Antara topik yang dibincangkan: 1. Majlis hi-tea GBK Daerah Sepang pada 15 November 2019 2. Lonjakan peranan GBK 3. Simposium Kaunseling Peringkat Kebangsaan pada 11, 12 dan 13 November 2019 4. Kursus kepada calon ketua Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2020 Peringkat Negeri Selangor pada 12, 13 dan 14 November 2019 Paparan gambar sepanjang mesyuarat berlangsung: Ucapan oleh Tuan Hj Arbain bin Pinni, Ketua KPPD Sepang Ucapan oleh Encik Zuhaimi bin Md Nasir, Penolong PPD Sepang Ucapan oleh Pn Rozimah bt Yaakob, Naib MGK Sepang Barisan GBKSM Daerah Sepang Barisan GBKSM Daerah Sepang Bergambar kenangan bersama rakan seperjuangan

Program Ziarah Cakna Siri ke-11

Image
Hari ini, dalam kesibukan pihak sekolah mengambil peluang untuk melawat keluarga seorang murid Tahun 6 iaitu Muhamad Irfan Darimi bin Abdullah yang tinggal di Pangsapuri Alpha Arena. Dimaklumkan ayahnya telah mengalami kemalangan dan kini masih tidak boleh bekerja. Dengan rasa tanggungjawab dan penuh keprihatinan, lawatan ini dijalankan. Turut sama-sama ke rumah murid hari ini ialah :  Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar), Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG), Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran), Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM), Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang), Pn Juli bt Mahbah, Pn Rozimah bt Yaakob, Pn Nor Arzah bt Hussin (guru-guru Bimbingan dan Kaunseling), Pn Azizah bt Ab Hamid dan Tn Hj Tarmiji bin Sabali Semoga kata semangat dan sedikit sumbangan dari pihak sekolah meringankan beban keluarga ini.  Berapa tinggi pucuk pisang Tinggi lagi asap api Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi hajat hati Untuk Irfan... jangan l...

International Conference On Counselling And Behavioural Science (ICCOBS) 2019

Image
Pada 5 Oktober hingga 9 Oktober 2019, buat julung kalinya Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana menyertai seminar di luar negara iaitu di Jakarta. Seminar ini dihadiri oleh wakil Guru Bimbingan dan Kaunseling dari Malaysia dan Jakarta. Terima kasih atas restu yang diberikan oleh pihak keluarga, para pentadbir sekolah, PPD, JPN dan KPM. Ikatan Bimbingan Kaunseling Sekolah, Indonesia (IKBS) merupakan satu kumpulan bagi melaksanakan seminar, bengkel dan program ilmiah peningkatan profesionalisme dalam berbagai disiplin ilmu. Dalam memasuki abad ke-21, bidang kaunseling memerlukan nilai tambah serta jaringan kerjasama yang baik dan luas untuk meningkatkan kualiti profesional dan martabat guru bimbingan dan kaunseling di ASEAN. Tujuan Program Meningkatkan kerjasama dengan Pertubuhan Penyelidik dan Pendidikan Pendidik Malaysia (PPPPM), memberi ruang dan peluang kepada peserta dari kedua-dua negara untuk berkenalan, bertukar fikiran serta membina jaringan demi peningkat...

Program Ziarah Cakna Siri Ke-10

Image
Pelaksanaan Program Ziarah Cakna bulan September telah berjaya dilaksanakan. Program ini telah menjadi amalan berterusan di SK Taman Putra Perdana yang dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Januari 2019. Dua buah keluarga yang terpilih untuk dikunjungi: 1. Alamat: Jalan Putra Perdana 5F     Nama murid: Muhammad Daniesh Hayyqal bin Abdul Alim, 3 Al Biruni                           Muhammad Daniesh Hakimiey bin Abdul Alim, 5 Aurum 2. Alamat: Siantan Apartment     Nama murid: Muhammad Alif Haikal bin Mohd Zainal, 1 Redhat                           Muhammad Al Hakim bin Mohd Zainal, 3 Al Khawarizmi     Ziarah keluarga yang kehilangan dua orang anak sebab mati lemas iaitu arwah Siti Nuralya binti Mohd Zainal, 5 Ferum dan arwah Muhammad Hafis bin Mohd Zainal, Tingkatan 2 SMKPP (bekas murid SKTPP). Semoga roh kedua-dua ...

Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara Daerah Sepang 2019

Image
Program Bicara Tokoh Warga Emas Negara (DWEN) Daerah Sepang telah dilaksanakan hari ini di Dewan SMK Putra Perdana, Puchong, Selangor. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang. SK Taman Putra Perdana telah menghantar 27 orang peserta bagi menyertai program ini. Objektif program : 1. Memberi kesedaran awal kepada murid-murid terhadap kepentingan menghargai dan menyayangi warga emas. 2. Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid-murid dan remaja. 3. Mengamalkan nilai dan amalan saling menghormati dan menyayangi sesama insan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru. 4. Meningkatkan kesedaran murid-murid dan guru-guru tentang kepentingan warga emas terhadap masyarakat. Atur cara program: 8.00 pagi : - Sesi pendaftaran - Sarapan - Murid mengambil tempat di dalam dewan 9.00 pagi : - Ketibaan tetamu je...