Posts

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Jun 2023

Image
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Jun telah dilaksanakan pada 3 Julai 2023 (Isnin). Majlis seperti ini merupakan kali ke-2 dilaksanakan. Kali pertama iaitu penyampaian anugerah Bulan Mei dilaksanakan pada 12 Jun 2023. Laporannya boleh klik di sini . Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, barisan jawatankuasa pelaksana dan semua warga SK Taman Putra Perdana atas kerjasama mengamalkan Amalan Terbaik 3S ini. Semoga amalan murni ini berterusan sampai bila-bila.  Keputusan Angerah Murid Contoh 3S Bulan Jun 2023: Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung:

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei & Jun 2023

Image
Kehadiran guru di pagar bersama-sama PRS yang bertugas ternyata memberi semangat kepada murid-murid untuk terus melangkah menggapai cita-cita mereka. Sapaan yang mesra mampu memupuk perasaan suka hadir ke sekolah, dihargai dan diterima dalam kalangan murid-murid. Aktiviti ini dijadikan amalan dalam menonjolkan aura positif kepada murid bermula di pagar lagi. Semoga resah yang menyelimuti diri hilang dan kembali tenang apabila melihat guru-guru menyambut kehadiran di pagar dengan senyuman ikhlas yang jelas terpancar dari wajah. Guru-guru SKTPP sentiasa mendoakan kejayaan buat kalian. Ingatlah, ilmu perlu dikejar dan ia tidak akan datang tanpa usaha. Bersemangatlah dalam menuntut ilmu. 😍Paparan gambar aktiviti sesi pagi😍 😍Paparan gambar aktiviti sesi petang😍

Program Mentor Mentee Siri 3/2023

Image
Alhamdulillah, pada hari ini Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Mentor Mentee merupakan aktiviti rasmi sekolah di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Kerjasama yang sangat baik oleh pentadbir, semua mentor dan mentee dalam Program Mentor Mentee ini menambahkan lagi kelancaran dan keberkesanan program. Semoga semua mentee dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dan sentuhan daripada mentor yang sentiasa mengambil berat ( caring ) terhadap kebajikan mereka.  Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 3/2023: Tarikh: 27.6.2023 Hari: Selasa Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi / 1.30 petang - 2.00 petang Sasaran: Semua murid  Tempat: Kelas murid masing-masing atau kawasan yang sesuai Sesi Pagi: Prasekolah: Tajuk : Keluargaku Sayang Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat: 1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah 2) Menanam sikap sukakan kebersihan Tahun 4 : Tajuk : Sekolahku Objektif: Pada akhir...

Program Motivasi Tahun 2 & 3

Image
  Hari ini telah berlangsung satu program motivasi untuk semua murid Tahun 2 & 3. Program ini telah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Personalia untuk program ini terdiri dari guru Bimbingan & Kauseling sesi petang iaitu Pn Nor Arzah dan Pn Rozimah. Program bermula dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang dan bersambung semula pada pukul 3.50 petang hingga 6.20 petang. Antara objektif program ini adalah untuk :- *Memupuk pemikiran dan sikap positif murid-murid. *Meningkatkan motivasi diri untuk sentiasa berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah yang terpuji. *Meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk merubah nilai diri ke arah yang lebih baik. *Mewujudkan kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menyayangi dan menghormati diri sendiri, ibu bapa dan guru-guru. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini dijalankan. Murid-murid sedang mendengar ceramah bertajuk "Berfikir Sebelum Bertindak" disam...