Wednesday, 25 August 2021

Alhamdulillah & Terima Kasih

Syukur alhamdulillah selesai sudah Saringan Minda Sihat untuk semua murid Tahun 5 & 6 2021. Terima kasih Unit bimbingan & Kaunseling (UBK) ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Ucapan terima kasih ini didedikasikan kepada pihak pentadbir yang sentiasa memberi sokongan, sahabat-sahabat guru yang memberi kerjasama yang baik, ibu bapa / penjaga yang membantu anak-anak dalam menjalani saringan ini dan tidak ketinggalan kepada murid-murid yang cikgu sayangi atas kerjasama yang sangat baik. 

Alhamdulillah, SKTPP mencapai 100% dalam pelaksanaan saringan Minda Sihat ini. UBK akan meneruskan program Minda Sihat dengan menjalankan intervensi kepada murid-murid yang terlibat. Semoga urusan UBK dipermudahkan bagi mencapai objektif minda yang sihat, emosi terjaga dan kehidupan sejahtera.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang saringan dijalankan.





No comments:

Post a Comment