Peningkatan Disiplin Diri Murid : Merokok

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua berada dalam dakapan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Bertemu lagi bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada Hari Jumaat yang mulia ini. Kali ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Merokok" dan aktiviti permainan jigsaw puzzle.

Merokok adalah tabiat yang berbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. Antara keburukan merokok adalah mudah dapat penyakit seperti kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan lain-lain. 

Merokok bukan sahaja terbukti sebagai pintu kepada pelbagai masalah kesihatan, bahkan American Psychiatric Association menggariskannya sebagai antara bentuk ketagihan. Kita boleh membanteras gejala rokok dalam kalangan kanak-kanak ini dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah dan kakitangan kesihatan. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan sahaja merosakkan diri dengan merokok malah mereka juga membahayakan anak-anak. Ibu bapa adalah 'role model' yang baik untuk anak-anak. 


Tahniah kerana anda seorang yang rajin membaca dan sentiasa ikuti maklumat daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Jom rehatkan diri dengan jigsaw puzzle, sila klik link di bawah. 

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=007d63fe9eda


Selamat mencuba dan semoga bermanfaat...

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
#staysafe
#staypositif

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023